Seperti tahun lepas Modern Sewists Malaysia mengadakan lagi program. Hari dimana pertemuan untuk mereka yang berminat dengan dunia jahitan dan kraf. Juga tempat mencari Networking, berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang selama ini hanya kenal di media sosial sahaja.
Acara yang ditunggu-tunggu selain dari bazaar, workshops yang bakal diadakan di program modern sewing market 2018 ialah swap gift dari semua ahli yang hadir. Disebabkan acara ini walau tak ada masa, saya luangkan lah masa untuk menyiapkan juga swap gift. Malu lah kalau terima hadiah yang cun dari ahli tapi kita punya macam tak rupa hadiah je kan.
Hadiah swap gift ikutkan plan memang nak bagi kisslock frame saiz 20.5cm, warna gold. Dengan sepenuh hati dan semangat menyiapkannya. Tapi bila dah siap rasa AAHH... tension sangat, boleh pula tersuka dengan hasilnya.
Tukar plan, yang ini untuk tuan tanah pakai. Jadi tuan tanah kena buat lagi satu kisslock frame. Kali ini guna kisslock frame saiz 18cm, dan ada special dihiasi diamond lagi.
Modern sewing market 2018 kali ini bertemakan kuning +putih. Baju dah beli, hadiah dah siap. Ok, saya dah tak sabar nak pergi pada 28hb April 2018 di Passion 3, Sec 14, PJ.
⠀
Jumpa disana kawan-kawan. Terutama bag maker Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan