Selasa, 2 Oktober 2018

Mary Poppins Doctor Bag

Mary Poppins Doctor Bag-Student 1
Ok, kita berjumpa lagi. Kali ini kami ingin memberitahu ada satu kelas menjahit beg telah dibuka. Sebenarnya kelas ini dijalankan secara online dan batch pertama adalah terdiri dari ahli group FB bebagmaker. Untuk yang belum join boleh klik link https://www.facebook.com/groups/bebagmaker

Mary Poppins Doctor Bag student 2
Siapa yang layak join kelas online menjahit beg ini?
Kalau anda seorang yang banyak masa, boleh lah mengisi masa dengan perkara yang mendatangkan manfaat. Mungkin juga anda seorang surirumah yang ingin memulakan hobi atau mencari pendapatan sampingan. Kelas online jahit beg ini sangat sesuai. Tidak perlu keluar rumah untuk datang kelas dan tahukah anda dengan hasil menjahit ini boleh juga mendatangkan pendapatan sampingan.
Atau anda memang dah pandai menjahit cuma nak menambahkan lagi ilmu dalam bidang jahitan. Boleh dikatakan semua orang boleh join kelas ini. Tidak perlu membeli mesin jahit yang mahal atau mesin jahit industri. Kelas ini sebenarnya kami buat untuk mereka yang baru nak menjahit yang hanya memerlukan mesin jahit biasa atau portable sahaja.

Mary poppins Doctor Bag student 3
Disebabkan target kami untuk mereka yang baru nak belajar membuat beg, semua bahan kami akan sediakan, juga menggunakan kain cotton dimana lebih mudah untuk menjahitnya.

Bahan-bahan untuk membuat beg Mini Mary Poppins Doctor bag
-Kain gam/CS 5520 & 5555
-Batting
-Kain luar dan dalam beg
-2pcs Metal Swivel Lobster Claps bersaiz 2.0cm
-1pcs Metal D-ring bersaiz 2.5cm
-1pcs Bag Lock #2
-4pcs Kaki Beg/Stud feet
-2pcs O-ring skru
-Rivet Skru saiz 10x11mm
-Sekeping pengeras tapak beg

Mary Poppins Doctor Bag student 4
Untuk yang berminat nak join kelas online ini boleh membuat pendaftaran & pembelian bahan di website.http://www.bebagmaker.com/products/sewing-classes-mini-mary-poppins-doctor-bag
Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan