Sabtu, 30 April 2011

Susah sangatkah menjadi ibu?..




"Suatu hari,awak juga akan bergelar ibu,dan ketika itu barulah awak tahu sendiri perasaan seorang ibu".Malah ungkapan itu jugalah yang sering emak luahkan kepada saya apabila berjauh hati kerana tidak mendengar kata-katanya serta melengahkan tugasan yang diarahkan.


Ketika itu saya tidak faham maksud kata-kata emak.Bagi saya sudah menjadi lumrah alam semula jadi,setiap insan yang dilahirkan perempuan pasti akan menjadi ibu apabila sudah berumahtangga kelak. Bagamanapun,saya agak hairan dan tertanya-tanya,"Mengapa emak mesti pening kepala jika hanya sekadar duduk dirumah menjaga anak,membasuh baju, menyapu dan memasak.Susah sangatkah menjadi ibu?



Kini apabila sudah bergelar ibu,barulah saya faham maksud kata-kata emak.Menjadi ibu,bukan sekadar menyediakan makan minum dan menjaga sakit pening anak-anak,tetapi juga perlu menahan perasaan dengan pelbagai ragam dan perangai anak-anak yang ada masa menguji kesabaran.
klik dibawah jika berminat dengan jambangan ini
         Jambangan bunga istimewa - sempena hari ibu sahaja


Sememangnya tanggungjawab seorang ibu itu amat berat.Kita bukan sekadar melahirkan,membesar dan mendidik anak-anak tetapi juga memberikan yang terbaik untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Tidak dinafikan cabaran dan dugaan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak begitu besar dan tidak pernah bernoktah. Namun kita tidak perlu mengeluh.Sebaliknya jika kita melakukan dengan penuh keiklasan tidak mustahil,suatu hari kita juga akan menerima ganjaran yang terbaik daripada Allah SWT.


Berikan bunga mawar/carnations untuk ibu tercinta

11 ulasan:

  1. itulh pengorbanan seorg ibu...trlalu byk ranjau yg perlu ditempuhi demi memastikan keluarga sempurna.....

    BalasPadam
  2. byk cabaran dn dugaan yg kita kna hadapi dlm brgelar ibu ni. walaupun anak kc sorang, tak terkecuali gak menerima dugaan dan ujiannya.

    Moga kita kuat dn bersemangat dlm mnghadapi cabaraan, dugaan dan ujian.

    BalasPadam
  3. begitu la bila jd ibu...
    masa jd anak dulu, bukan tahu perasaan ibu...

    BalasPadam
  4. @NzA
    tiada yang lebh mengembirakan hati seorang ibu melihat anaknya berjaya didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  5. @kakchik@ella
    yg seorang itu yg kena jaga betul2 tu,sbb semua harapan kita,hanya kepada dia seorang aje..

    BalasPadam
  6. @Mama Syamil
    masa tu kita ingat kenapalah emak selalu bising2 aje kat kita

    BalasPadam
  7. Sayang sesangat kat ibu kite. dia lah tempat mengadu dan dia lah tempat luahan. Skrg kite dah jadi ibu baru kite tau apa sebenarnya perasaan ibu itu sendiri.

    BalasPadam
  8. kasihnya ibu membawa kesyurga...

    BalasPadam
  9. Susah. Bukan setakat melahir, tapi membesarkan anak tu sendiri ada banyak cabaran dan menduga kesabaran. Tapi Insya-Allah, kita semua boleh. :)

    BalasPadam
  10. mmg susah start dr mengandung dah terasa...dgn alahannye...dgn bengkak kakinye...bl dah kuar dah besar skt lg lar...asyik melwn jer walaupun br umur 2 @ 3 thn...jenuh2...walau mcm mn pun...ank ttp di syg n ditatang...

    BalasPadam