Jumaat, 29 April 2011

Wajarkah hantar anak ke asrama?


Sesetengah ibubapa mungkin merasa wajar untuk mereka tetapi mungkin juga tidak.Ada yang berpendapat umur 13 tahun masih memerlukan pemantauan rapi, masih terlalu muda untuk hidup berdikari dan tidak begitu yakin untuk melepaskan mereka.Apatah lagi jika anak itu adalah anak tunggal mesti mahu dia sentiasa berada didepan mata.


Sebenarnya asrama ini ada baik dan buruknya.
Apabila duduk di asrama, anak akan banyak bergaul dengan kawan-kawan. Terpulang kepada anak untuk memilih rakan kerana pengaruh kawan amat besar impaknya.Cuba baca pasal anak rozita cik wan bergaduh dan dibuli


Sebelum menghantar anak ke asrama, kenalah tahu anak kita itu jenis yang macam mana.Jika mudah dikawal serta senang mendengar kata tidak ada masalah.Tetapi kalau anak yang ditegur sikit pun tak boleh, macam mana kita hendak lepaskan dia ke asrama.


Namun sebaik sahaja mereka tingal di asrama, ada yang berpendapat ibu bapa tidak perlu campur tangan dalam pengurusan sekolah, melainkan kalau ia melibatkan perkara yang serius. Tapi,pada masa yang sama kena juga ambil tahu perkembangan anak.Tujuan kita menghantar anak ke asrama adalah membentuk diri dan sahsiah anak.Jika sekiranya perkara kecil pun ibu bapa hendak masuk campur dan bela anak,anak akan besar kepala sekali gus mencetuskan masalah disiplin.


Yang pentingnya kesediaan anak itu.Jangan memaksa anak sebab kalau dia pergi dalam keadaan terpaksa, nanti anak akan memberontak dan buat hal diasrama pula.


Bagi Ct tujuan menghantar anak ke asrama supaya dia hidup berdikari dan bertanggungjawab.Semasa kecil Along(Hakim) tinggal dengan atuk dan neneknya.Jadi sikap manja dan kurang berdikari itu ada sikit dalam diri.Lagipun sebagai anak lelaki dan anak sulong, masih banyak tanggungjawab yang perlu dia laksanakan dimasa depan.Menjadi contoh kepada adik-adik yang lain,menjaga adik-adiknya jika kami tiada lagi nanti.Jika semua itu tiada dalam diri bagaimana nanti dia hendak menghadapinya.


Lagi satu Ct mahukan dia dapat suasana pembelajaran yang tenang dan tiada gangguan.Dengan perangai adik-adiknya yang macam ragam tidak mungkin dia dapat keadaan itu dirumah.Itu pendapat Ct aje,bagaimana ibubapa dan pendapat anak diluar sana?.. 
Pendaftaran "MOM on FB" contest 
makan di Pizza Hut dapatkan 50% potongan harga

24 ulasan:

  1. kalau Miza lebih suka anak tinggal di rumah..

    tp lambat lg saat tu... huhuhu...

    BalasPadam
  2. kalu cik ila,cik ila nk anak2 duk asrama sbb cik ila pn membesar kat asrama,bdk2 kalau dh terlatih utk berdikari dr kecik,xde mslh bila masuk Uni nnti...

    BalasPadam
  3. Suka anak2 kat rumah sebab senang anak2 depan mata.Kalau di rumah dah diajar berdikari tak de masalah.Anak2 saya Darjah 2 saya dah ajar masak nasi.Anak sulung saya masa tak de bibik saya pernah tinggalkan dia ngan adik2 di rumah sebab saya ke kedai....

    BalasPadam
  4. saya plak.. anak sorang jer. kalau suruh dok asrama, alamatnya kami honeymoon jelah kat rumah hahha.. ala ala mengadap mesin jahit je lah saya.. tapi lambat lg lah kut... ada lagi 3++ tahun to decide. tapi kalau ikutkan hati, kut2 satu hari dapat masuk univ pon, nk suruh apply yg dekat ngan rumah jer hahaha..

    BalasPadam
  5. mcm kc ni kan, anak dah la sorang, lg la kc pk pjg nk anta ke asrama.

    BalasPadam
  6. nurul start form1 dok asrama, pastu terus masuk U, skrg pun dah idup sendiri..ade best ade x best gak..

    but rasenye lg byk advantage dok asrama nie, skrg dok jauh ngan mak ayah no hal ^^ lebey berdikari compare dgn adik2

    BalasPadam
  7. @Suzie baguslah ada anak yang mendengar kata..senang sikit kitakan

    BalasPadam
  8. @Mila@Rimbun
    anak seorang ni mesti manjakan..mmg susahlah nak lepaskan

    BalasPadam
  9. @SewLove
    mmg itulah yg saya mahukan dari anak2 lebih berdikari dan pandai membuat keputusan sendiri...tak de lah nak hrpkan ibu ayah aje...

    BalasPadam
  10. tak tahu pulak saya ..hee mana2 je kalau dia nak bee okey kalo dia tak nak malas nk paksa ibu pun dulu membesar di asrama jugak..

    BalasPadam
  11. salam malam ct~ pembelajaran di asrama yang teratur....membuatkan mommy mmg ,menyokong n mengalakkan anak2 pergi ke asrama.

    BalasPadam
  12. ke tiga2 anak akak pernah ditawarkan ke asrama penuh selepas UPSR ttp suami akak seolah2 xbegitu merelakan mrk ke sana..Alasannya:
    1. anak2 masih trlalu awal utk brpisah dgn kami.
    2. Biarlh anak2 membesar di depan mata. biar kasih syg antara mrk kukuh n utuh..
    3. Biar anak2 diberi secukup kasih syg krn suami pernah alami nasib yg sama krn semasa form 1 dh brpisah dgn fmily. dia rasa brjauh hati..
    4. xkisah dimana anak belajar, yg pnting mrk tekun n alhamdulillah w.pn 3 Farah brsekolah harian ttp mrk ttp cemerlang.
    ttp trserahlh pd ibu bapa msg2 demi kebaikan anak2...

    BalasPadam
  13. pendapat aku, lagi baik kalau hantar anak tu biar berjauhan (masa sekolah) bagi dia biasa keadaan tu.. kalau dah nak masuk universiti baru nak belajar berjauhan, bahaya balik.. boleh culture shock..

    BalasPadam
  14. saya pun masih terfikir2 nak masukkan anak yg ke2 ni ke asrama atau tidak. saya dan suami tak pernah bersekolah asrama, saya masuk uni pun kat kl je.. tiap2 minggu saya balik rumah.

    tapi anak yg kedua ni selalu komplen adik2 dia kacau kat rumah.. nak buat homework pun adik kacau.. jadi dia kata nak duduk asrama.. tapi boleh ke dia duduk sana.. kesian pulak saya sebab saya surirumah.. dari kecik saya memang tak pernah tinggalkan kat orang lain jaga.. nanti anak tak nangis.. saya pulak yang nangis.. huhu

    BalasPadam
  15. Kalau anak dapat masuk asrama pun, tak nak la bagi dia orang pergi. Biar sampai tua, sampai dah nak kawin baru tinggal tempat lain, boleh tak? :D

    BalasPadam
  16. Kak Siti.. saya duduk asrama sejak umur 13 tahun.. dan saya bersyukur diberi peluang itu.. :) Dan banyak pengalaman di asrama menjadikan diri saya adalah saya sekarang.. :)
    Siapa pandai susun baju cantik2 dalam locker masa umur 13 tahun kalau bukan sebab dah terpaksa kena kemas dan kakak2 dorm tolong tunjukkan? Kalau kat rumah, semua pun tak pandai, sebab semua pun mak buat.. hehe..

    Ada baik dan ada buruknya kak. yang penting hati orang yang nak duduk asrama itu mesti rela.. kalau terpaksa duduk asrama, paksa rela, maka buruk la akibatnya..
    home sick, asyik demam, pelajaran merosot, tak nak berkawan etc..
    Yang penting kena tanya betul2 anak kita.. :)

    Anak saya nanti saya nak suh dia masuk asrama, tapi masa form 1 asrama dekat2 sini je la.. yang 30 minit bleh sampai.. hehehe... :)

    p/s: panjang plak komen.. hehehehe

    BalasPadam
  17. @MamaDaniel
    bila baca komen ni,rasanya berbaloi juga hantar anak ddk asrama,hrp2 anak akak dpt berdikari mcm mama daniel.

    BalasPadam
  18. nama saya adlil haziq...saya berumur 13 tahun......ibu bapa saya menghantar saya ke asrama.....saya tidak mahu tetapi mereka memaksa saya...saya tertekan di sana...saya tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran....bagaimana caranya hendak memujuk ibu bapa supaya membawa pulang saya ke rumah???

    BalasPadam
  19. saya bru je form 1 dpt msuk TKC..sye x nk duk asrama sebb asye x leh fhm ale yg cikgu ajr serta adelh psl senior nie...sye x thn duk sne...tp parents sye kte klu sye ap ahu duk rumah sye xleh dpt ape2 pon..contohnye internet sume tu sye x dpt..tp sye nk jugk klu adee mse free sye nk jugak main ipad sume tu,,,jd sye tertekn sgt skang nie...ape yg perlu sye buat.. sebb bile kt asrama mlm2 xleh tido smpai esoknye sebb tertekn sgt

    BalasPadam
  20. leps tu mak sye kte klu quit die x ksi sye belaja mne

    BalasPadam
  21. and mak sye kte klu x dpt straight A di sek biase die x anggap dye ank die

    BalasPadam