"Saya bahagia dengan cara hidup saya walaupun ramai yang mengecam. Asalkan keluarga tidak buang saya, saya tidak kisah untuk teruskan cara hidup begini sampai bila-bila."
Itu pengakuan Leen, seorang wanita berusia akhir 20-an yang mengamalkan gaya hidup songsang. Dia bukan tidak pernah meminati lelaki, tetapi sekadar untuk berkawan. Untuk jatuh cinta, dia lebih suka memadu kasih dengan kaum sejenis.
"Lelaki kadang-kadang terlalu ambil mudah banyak perkara. Mereka juga boleh jadi manusia yang rumit. Perempuan lebih memahami jiwa perempuan," katanya yang pernah dimalukan oleh lelaki ketika zaman cinta monyet sewaktu sekolah rendah.
Berkongsi rahsia anda di bilik tidur bersama IKEA
Bertitik-tolak daripada itu, Leen tidak suka mendampingi lelaki selain keluarganya. Perkenalan dengan beberapa rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama ketika di sekolah menengah dianggap sebagai pendorong untuk dia lebih menyayangi wanita.
Bertubuh kurus dan berdada rata, dia yang bekerja sebagai promoter di sebuah syarikat pemasaran di Seremban, Negeri Sembilan tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidupnya.
"Mama dan papa pernah menegur cara saya, tetapi saya jenis anak yang degil. Mereka pernah marah, papa pun pernah pukul saya. Tapi selepas saya lari dan pengsan di sekolah kerana mengelar lengan sendiri, mama dan papa menjadi lebih liberal.
"Mungkin mereka tidak mahu saya mati kerana tertekan. Sekarang, selepas saya tamat sekolah dan lulus daripada kolej, mereka masih menegur saya, tetapi hati saya belum terbuka untuk tinggalkan semua ini.
"Mereka menyayangi saya. Asalkan mereka baik dengan saya, tidak ada alasan untuk saya jadi anak derhaka. Cuma dalam bab pendirian, saya mohon kebebasan daripada mereka," katanya.
18SX-Pengkid ragut 10 dara (part 2)
hrrmmm...akhir zaman ni dah macam2 tak terkawal
BalasPadamIsh,ish, bawak-bawak la bertaubat untuk orang camni.
BalasPadamapa lar nak jadi dengan budak ni??
BalasPadamishh..entahle...geli sy dgn golongan ni taw..bukan le ape...tak paham rasenyer..Allah klan ciptakn lelaki utk wanita
BalasPadamKena ada cara yang sesuai agar mereka memahami bahawa apa yang di lakukan adalah salah...
BalasPadamMungkin pakar kaunseling dan motivasi di perlukan untuk membantu mereka ini kembali ke jalan yang benar...
http://bit.ly/rancangkahwin-v2