Rabu, 18 Mei 2011

7 novel bakal diadaptasikan kepada telefilem


Selepas Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu dilayarkan ke filem, dan kini drama Nora Elena sedang popular di TV3 yang diadaptasikan dari novel Kasih yang Suci, kini Global Station Sdn Bhd melihat ia sebagai peluang untuk memberikan ruang terbaik kepada penonton dengan cara berbeza iaitu menerbitkannya kebentuk telefilem dan drama bersiri.Adaptasi novel kepada filem dan drama seakan-akan menjadi satu trend yang semakin diminati.




Mengenai pemilihan tujuh novel itu, semestinya ia dipilih berdasarkan popularitinya selain jalan cerita berbeza-beza namun masih sarat dengan pengajaran. tujuh novel yang dipilih antara 10 novel yang mencatat jualan tertinggi di Alaf 21 dengan jualan melebihi 80,000 unit. Tujuh novel tersebut ialah

Sinopsis: Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah.Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? 

Sinopsis: Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Taufik tak pernah melayan Salina sebagai seorang isteri...sedangkan salina adalah isteri yang sgt baikk....namun akhirnya....

Sinopsis: NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan.Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.Dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Ke manakah Shira membawa diri? 

Sinopsis: Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula. Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? 

Sinopsis: Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.Merupakan novel pertama Aisya Sofea.

Sinopsis: Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.

Sinopsis: Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Dalam semua 7 novel itu, enam daripadanya aka kita adaptasi kepada telefilem manakala yang satu lagi iaitu Adan dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri.Memastikan keasliannya terjaga, kita memilih penulis skrip yang sesuai dan berkemampuan iaitu Rozie Rashid dan Zaleha Hassan utnuk menterjemahkan semula naskhah novel itu kepada skrip drama. Manakala kumpulan Hujan dilantik untuk menghasilkan lagu tema untuk drama yang berkenaan.
Be a Sunsilk perfectionista and WIN prizes worth Rm35,000

Sama-samalah kita menunggu drama dan telefilemnya nanti. Semuanya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Warna dan Citra.

11 ulasan:

  1. ala.. nape citer air mata ni.. saya mana bleh tgk citer cenggini.. citer hantu pun saya tak tgk.. huhuhu.. saya tgk maharaja lawak n top chef jer.. hahahaha ;)

    BalasPadam
  2. Bertambah-tambah rezeki penulis novel ni..bagus jugak sebab jalan cerita pun mesti menarik..

    BalasPadam
  3. Saya baca 5 novel diatas.Semua novel Aisya Sofea saya ada.Paling suka adam dan hawa dan jauh.Sangat romantik...tapi selalunya bila jadi filem saya sangat tak suka....macam Ayat-ayat Cinta bila jadi filem saya tak suka sebab novel bahasanya sangat indah dan cerita-ceritanya kita boleh impikan ikut otak kita ...heheheh hero dalam novel saya semuanya hero korea...hehehhe yang hensem-hensem je la...

    BalasPadam
  4. cT Saya dah beli novel Kau yg Satu.. Citer dia mmg best.. dah ulang2 saya baca.. x jemu.. hehehhe. dulu minat novel..sekrg kena tumpu pada jahitan lak..

    BalasPadam
  5. x sabar nk tgok novel 'kau untukku' diadaptasikan..... luv d story...

    BalasPadam
  6. @Suzie cayalah..mmg minat membaca ni.mesti jiwang2 kan.

    BalasPadam
  7. @Azah
    ct pun sama minat gak membaca,tapi lebih banyak keje lain yg harus dibuat..nanti2lah bila anak dah besar,baru boleh.

    BalasPadam
  8. ala..kenapa semua siarkan dekat astro??huhu..x de astro dekat uma sewa..paling nak tengok crita adam n hawa tu..hehe

    BalasPadam