Khamis, 19 Mei 2011

18SX-Pengkid ragut 10 dara (part 3)


"Seingat saya, mungkin ada dalam 10 perempuan yang pernah menjadi teman wanita saya hilang dara akibat dorongan nafsu sesama kami.

"Ada yang tidak kisah dan rela, ada juga yang marahkan saya. Ada seorang teman yang amat saya sayang tinggalkan saya kerana tidak menjangka hubungan kami boleh merosakkan perawannya.


"Dia benar-benar marahkan saya kerana meragut daranya, sedangkan ketika bersama, kami melakukannya secara sukarela," katanya yang tidak pernah sekali merogol pasangannya sebaliknya melakukan suka sama suka.

Selain mengadakan hubungan sejenis, Leen dan kawan-kawan pengkidnya mempunyai cara tersendiri untuk mengisi masa lapang.

Bring your friends to sign up today and get rewarded RM1.00 per friend invited

"Saya dan kawan-kawan banyak menghabiskan masa dengan melepak di pusat snuker. Kami merokok dan minum bersama.

"Ada masanya kami akan ke Melaka untuk berjumpa dengan geng pengkid di sana. Di situ, kami bersembang, kongsi cerita dan biasanya berakhir dengan hubungan intim di bilik hotel," katanya.

Ditebak persoalan tentang masa depannya, Leen tidak mengharapkan keajaiban berlaku sehingga boleh membuatkan hatinya berubah dan kembali ke pangkal jalan.

"Sekarang saya ada kerja dengan gaji yang bagus. Saya juga tidak menyusahkan mama dengan papa lagi. Asalkan tidak ada orang yang mengacau hidup saya, itu sudah okey," katanya.

Leen pernah ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di Melaka tahun lalu. Ketika itu dia menghadiri parti pengkid di sebuah kelab. Kawan-kawan yang sejenis dengannya pun ramai yang tertangkap. Namun, selepas membayar denda, dia bebas.

Bertanya soal pegangan agama atau dosa pahala, Leen akui dia jahil. Ibu dan bapanya bercerai sewaktu dia berumur tujuh tahun. Tinggal bersama ibunya, dia tidak diberi penekanan agama malah dia mengaku tidak pandai sembahyang, apalagi membaca al-Quran.

The Furious Voice contest

"Jangan salahkan mama atau papa. Mereka sudah buat yang terbaik untuk saya. Ini jalan yang saya pilih sendiri. Tidak perlu kaitkannya dengan didikan yang ibu bapa saya berikan.

"Kalau ditakdirkan satu hari nanti saya mahu menjadi perempuan sebenar, saya juga tidak menolak. Buat masa ini, biarlah saya yang aturkan kehidupan sendiri," katanya.

18SX-pengkid ragut 10 dara part-2.
18SX-pengkid ragut 10 dara part-1

2 ulasan:

  1. Ya Allah... tunjukkanlah jalan-Mu kepada insan ini... jgn biarkan dia terlalu jauh menyimpang dari jalan kebenaran..

    BalasPadam