Hospital Jempol |
Wad 3B |
Hari ini entry mengenai Hospital Jempol. Sebenarnya pada hari sabtu lepas Ct sekeluarga balik kampung di Kg Baru Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol.
Emak Ct dah seminggu masuk hospital. Bukannya tak nak balik tengok emak, tapi memikirkan anak no3 ada peperiksaan, lepas tu Ct ini jadi pengasuh, hubby pula tak dapat cuti, jadi terpaksalah menahan perasaan bersalah tak dapat tengok emak. Lagi pun emak cuma masuk Hospital Jempol aje, tandanya penyakit emak tak lah serius sangat. Punca emak masuk hospital sebab demam. Bila dah masuk macam-macam ujian dilakukan, akibatnya bermacam-macam penyakit pula yang dapat dikesan.

Ct dah pergi Hospital Jempol ini sebanyak 3 kali. Pertama kali pergi masa nak bersalin anak no4. Masa tu planning nak bersalin disana. Bila dah sakit terus pergi ke Hospital jempol, sampai sana Pakcik Guard tu cakap kalau boleh tahan lagi elok pergi aje Hospital Kuala Pilah sebab masa tu Hospital tersebut baru dibuka, mungkin kemudahan pun belum sempurna lagi. Kedua Ct pergi sebab melawat sepupu hubby kena demam denggi. Sekarang ni tengok emak Ct pula. Bila masuk aje wad 3B rasa lain macam aje. Memang berbeza dengan Hospital kerajaan yang pernah Ct masuk.
Tak dapat masuk ramai-ramai dalam bilik misi marah |
Sunyinya......pesakitnya tak ramai. Lepas tu jururawat yang bertugas pula Ct tengok lebih relax. Tidaklah sesibuk macam Hospital Tuanku Jaafar Seremban(HTJS). Lagi pun mungkin hari tu hari Sabtu.
Ada sesiapa yang berkenan. Rasanya masih solo lagi...he..he.. |
Semasa entry ini ditulis emak baru keluar hospital semalam. Semoga emak sihat selalu, dan jangan lupa makan ubat. Sebab emak memang susah nak makan ubat, selagi ayah tak bising-bising. Nanti kesian ayah tinggal di rumah seorang diri aje. Terima kasih kepada anak buah (Wanie) yang telah menjaga nenek, budimu tak terbalas.
mak sakit apa ct? semoga cepat sihat..
BalasPadamn3 terbaru kakyong
Suez diary–saya sudah review blog anda!!!
Adakah kerana dia kidal?!!!
Nora Elena–review episod 1 dan 2