Rabu, 11 Mei 2011

Anak sulung lebih bertanggungjawab

anak sulung lebih bertanggungjawab
Sebilangan orang percaya pembawaan dan personaliti anak dipengaruhi oleh kedudukannya dalam keluarga.Adakah tanggapan ini berasas?


Terdapat satu kajian tentang pendapat  mereka terhadap anak sulung, bongsu dan tunggal. Responden memberikan jawapan yang sama: anak tunggal biasanya rosak akhlak dan mementingkan diri sendiri. Anak sulung serius dan lebih berjaya daripada anak bongsu yang lebih banyak bermain dan kurang bertanggungjawab.



Akan tetapi tanggapan ini bukan sahaja tidak tepat malah boleh menjejaskan anak. Ibu bapa mungkin cenderung membuat kesimpulan melulu dan tidak bersikap adil. Sikap dan personaliti anak dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang merangkumi asal usul keturunan, cara dia dibesarkan, perhubungannya dengan adik beradik, kawan-kawan dan juga faktor sosial. Berikut adalah salah faham tentang kedudukan anak dalam keluarga.


Anak sulung lebih bertanggungjawab daripada adik-adiknya dan lebih berjaya.
Ramai orang menganggap anak sulung takut akan dibayangi oleh adik-adiknya kerana rasa terancam dengan kehadiran adik-adiknya. Hakikat sebenarnya, ibu bapa lebih peka kepada pencapaian anak sulung berbanding anak-anak lain kerana anak sulunglah yang pertama sekali melakukan segala-galanya.
Tumpuan diberikan kepada anak pertama. Ibu bapa memang tidak sabar-sabar melihat perkembangan anak pertama. Anak sulung diharap lebih bertanggungjawab kerana dialah orang pertama yang belajar tentang tanggungjawab. Akan tetapi, harapan ibu bapa mungkin menjadi galakan kepada anak sulung untuk membuat yang terbaik atau sebaliknya.Tekanan yang berterusan kadangkala boleh membuat anak sulung memberontak.


Anak sulung lebih hebat daripada adik-adiknya.
Oleh kerana perhatian dicurahkan kepada anak pertama otaknya dirangsang dengan lebih baik dan tentunya dia lebih hebat daripada adik-adiknya. Akan tetapi adik beradik biasanya mempunyai persamaan IQ. Ini menunjukkan, adik beradik yang berasal daripada keturunan yang sama seharusnya menunjukkan persamaan kecerdasan. Kedudukan dalam keluarga tidak ada kena mengena dengan kecerdasan mereka. Anak sulung sama cerdik dengan adik-adiknya.


Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan kedudukan dalam keluarga dengan perwatakan. Ibu  bapa tidak sepatutnya membuat kesimpulan terburu-buru tentang kebolehan anak berdasarkan kedudukannya. Mereka mesti cuba memahami perangai anak. Bagaimana pula dengan anak bongsu? 
Anak bongsu kurang bijak dan tidak bertanggungjawab

7 ulasan:

  1. sudah menjadi member this blog..:)
    saya bangga menjadi ank sulung..rs lebih bertanggungjwb n cepat matang kak..

    BalasPadam
  2. folow sni..
    ika anak sulung, so memang lbih bnyk tanggungjwb kna pikul..:)

    BalasPadam
  3. haa kan betui kita jaga anak2 suluneg tu betui2 dapat yg ke dua ke tiga dah mula lain cr nya..

    BalasPadam
  4. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

    BalasPadam
  5. @ikahitulah yg diharapkan oleh ibubapa

    BalasPadam