Rabu, 11 Mei 2011

Anak bongsu kurang bijak dan tidak bertanggungjawab


Ini adalah sambungan cerita bertajuk Anak sulung lebih bertanggungjawab  


Anak bongsu kurang bijak dalam pelajaran, lebih banyak bermain dan kurang serius dalam kehidupan.

Hasil kajian mendapati kedudukan anak dalam keluarga tidak ada kaitan langsung dengan personalitinya. Sungguhpun ada kebenarannya bahawa anak bongsu kurang tertekan disebabkan ibu bapa yang lebih berlembut dalam mendidik anak bongsu, masih ada ibu bapa yang menggesa anak bongsu untuk mencapai keputusan pelajaran yang baik terutamanya bagi keluarga yang menitikberatkan pencapaian akademik. Anak bongsu perlu bersaing dengan abang dan kakaknya. Jika anak yang lebih tua memulakannya, maka adik-adik terdorong untuk mencontohinya.


Anak bongsu tidak matang dan akan menjadi orang dewasa yang tidak cekap dan tidak bertanggungjawab.
Anak bongsu dikatakan manja dan keanak-anakan, tidak diberi tanggungjawab yang mencukupi dan tidak membesar sepertimana anak tunggal. Dia juga mementingkan diri sendiri, tidak bertanggungjawab dan tidak cekap. 







Realitinya, ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak sudah menjadi agak letih sehingga tidak sabar-sabar menunggu anak bongsu mereka dewasa. Mungkin pada masa itu mereka sudah lebih berpengalaman maka mereka memberi kebebasan kepada anak bongsu. Kebebasan yang diberikan sebenarnya membantu anak bongsu menjadi seorang yang lebih berdikari dan bertanggungjawab. Tambahan pula, sikap anak bongsu juga dipengaruhi oleh sikap adik beradiknya. Jika abang atau kakak kurang bertanggungjawab, anak bongsu mungkin cuba mengambil alih tanggungjawab itu dan menjadi lebih matang untuk menarik perhatian ibu bapa.


Bagaimana pula dengan anak yang berada ditengah? Anak tengah rasa rendah diri

11 ulasan:

not irene berkata...

mungkin dari segi psikologinya.
malah ibu dah ayah lebih menumpukan kepada yang tua (utk lebih bertanggungjawab terhadap adik2) dan memanjakan yang bungsu (kakak2 dan abang2 memanjakan mereka juga)

tapi jgn lupa mantan Perdana Menteri kita bijak cekap dan bertanggungjawab malah berdikari (Tun Dr M) juga anak bongsu

Shafiza berkata...

Saya tak setuju..hehe ;)
Sebab semua personaliti seseorang bergantung kepada individu tu sendiri and orang persekitarannya.

Saya anak bongsu. Tapi pelajaran ok lagi. And sy tak pernah memperlekehkan pelajaran. Mungkin ayah saya sgt mementingkan pelajaran. ;)

BabyIntan berkata...

Intan ada 4 beradik semua nya and my sis yg last one yg paling bijak dan skrg sdg menuntut di UM. Dia mmg seorang yg teratur, kemas dan bertanggungjawab...

Tapi dia bertuah bcoz time dia my parents dah tak segarang mcm zaman kami kena dulu but that didn't spoil her at all...syukur ;)

titan berkata...

ehhh, tidaklahhh. hehe..

Bionic women berkata...

orang kat sebenarnya anak bongsu tu yg terlebih manjakan dirinya sendiri..hehe..dah bongsu ler katakan..

ct N honey berkata...

@BabyIntanselalunya mmg cam tu adik2 dibawah beruntung sbb masa dia orang ibubapa dah tak segarang masa kita dulu..

ct N honey berkata...

@Bionic womensukalah tu dpt manja terlebih2...

FaRiA EyToNeZ berkata...

haha..sy xtaw nk ckp pe kt adk sy pling bongsu sbb dy bru 4 taon..hehe

Farra berkata...

erkkk kurang bijak ?? rasenye tidak ... sy oke je dpt straight A's dlm UPSR ngan PMR . haha . poyo pulak .... wuwuwuuw . Ank bongsu ke , sulung ke , ank tengah ke same je . Ikowt individu tu jugak . takde kne mengene pown ngan bile lahir . kalo jd ank sulung tp pmls , bodo le jugak . haha

*angiN hilang tanpa hUjan* berkata...

tidak kot...saya rasa anak bogsu lebih bertanggungjawab dr abg & kakak..mybe manja..tapi xbermaksud anak bongsu nea xboleh berdikari...saya pon anak bongsu..dan dari kecil saya lebih suke membeli sesuatu benda menggunakan wang saya sendiri..berbanding dengan abg &kakak saya..hurm..

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

wushhh... xsemestinyer gitu .. nak wat cmne bukan diminta jadi bongsu ye tak ... dan dah jadi adat yg bongsu dimanjakan tp xsemuanya gitu dan xsemuanya xbertanggungjawab...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/