Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan

Selasa, 19 Disember 2017

Buat Sendiri Hantaran Istimewa

Agak lama juga tak update blog. Bila mula cuti sekolah, kesibukkan tu jadi berganda nak settlekan dulu keperluan anak-anak dirumah, mula shopping baju sekolah dan beli buku-buku sekolah.

Ahad, 2 Jun 2013

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Izzue Islam Dan Awin Nurin

Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11

Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran berbalas 9. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.


Sabtu, 29 Disember 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Penjaga gol skuad bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Chet Mat, 23, atau Apex memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikahnya telah berlangsung dengan selamatnya.

"Saya sendiri rasa macam tidak percaya bahawa saya kini sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Namun, Alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

"Mengenai wang hantaran berjumlah RM19,000 ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi, saya harap jumlah wang hantaran ini akan memberikan tuah dalam perkahwinan saya bersama Leuniey.

"Tentang soal berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah mendahulukan perkara yang wajib. Selepas kahwin, rutin harian saya tetap sama iaitu menjadi penjaga gawang Kelantan," katanya kepada murai.com.my.

Isnin, 5 November 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Hantaran perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle-Mini motosikal
Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak.
 Hantaran perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle-manisan

Isnin, 9 Julai 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Ella Dan Azhar

Hanya sekali lafaz saja, penyanyi lagu Sembilu dan Pengemis Cinta itu sah menjadi isteri kepada Azhar pada jam 10.20 malam 7 Julai 2012 di depan Pendaftar Nikah Qariah Teluk Gadong, Klang, Haji Baharuddin Abu Bakar.

Majlis akad nikah itu mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat masalah elektrik, namun semuanya dapat diselesaikan sejam kemudian.

Jumaat, 29 Jun 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Pertemuan ketika menjalani ibadah umrah tahun lalu diakhiri dengan ikatan perkahwinan apabila pelakon dan pengacara tempatan, Irma Hasmi Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan ringkas tetapi meriah ini diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira jam 3.50 petang, Jumaat.

Dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua belah pihak dan wakil media, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah Irma iaitu Ibrahim Omar di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.


Khamis, 7 Jun 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Majlis pernikahan bertemakan perkahwinan dalam taman Inggeris penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Abdul Wahab dan pasangannya, Eric Daniel Depp diijabkabulkan di Duchess Place, di ibu kota, semalam (6 Jun 2012).

Cantik bak puteri diraja, Nurul yang memakai gaun polos putih mutiara hasil sentuhan Rizman Ruzaini dan solekan Deq Sha turut terharu apabila ibu serta bapa mentuanya, Germaine dan Roland Depp hadir merestui perkahwinan mereka.
Nurul Wahab dan Eric dimajlis perkahwinan mereka

Isnin, 7 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Akma AF dan Farih Hamshi

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012. Gambar Hantaran ini adalah dari Farih untuk Akma.
Gubahan hantaran  buah-buahan
Rombongan pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.

Sabtu, 5 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-yahya

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pullman Lakeside, Putrajaya.

Selain mas kahwin sebanyak RM2,050, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.


Jumaat, 27 April 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai

Selamat Pengantin Baru untuk Fasha Sandha dan jejai. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah pasangan ini yang dengarnya akan diadakan di Crown Plaza Mutiara KL, kita lihat dulu hantaran perkahwinan Fasha yang telah digubah oleh Ariwedding Couture. Menarik dengan kombinasi pink dan putih

Isnin, 16 April 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Natasha Hudson & Carleed Khaza

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 berlangsung pada 15 April 2012 di Masjid Wilayah, Jalan Duta.
Hantaran dari Natasha untuk Carleed-sebentuk cincin

Sabtu, 31 Mac 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, pada 28 Mac 2012.
Hantaran Cup cake 
Hantaran Al-quran 
Hantaran kain samping 
Hantaran Kek 
Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.
Pelamin Pertunangan Liyana Jasmay 
Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.
Hantaran pertunangan Liyana Jasmay
Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.
Liyana Jasmay nikah tahun depan 24 januari 2013

Sabtu, 24 Mac 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh 24 Mac 2012.



Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.


Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie & Rezza-24 Mac 2012






Selasa, 28 Februari 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Ana Raffali & Aznaim

Dengan sekali lafaz, Ana Raffali, 26,sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran iaitu satu dulang coklat, set perfume Mont Blanc, sireh junjung, manisan, gelang berlian dan cincin, set telekung dan wang hantaran sebanyak RM11,412.
Ana Raffali menerima 7 dulang hantaran dari Aznaim

Jumaat, 24 Februari 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Lisa Surihani & Yusri KRU

Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05mlm, 23 Februari 2012.






Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.
Hantaran Yusri-Tepak sirih
Rombongan dari pihak Yusri membawa hantaran untuk Lisa

Ahad, 22 Januari 2012

Hantaran Artis-Hantaran & Video Perkahwinan Ally Iskandar & Nurfarahin Romli@Farah Lee

Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung, kunci rumah dan senaskhah Al-Quran.
 

Selasa, 13 Disember 2011

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Ana Dahlia dan Chef Riz

  • Dengan hanya sekali lafaz, Diyana Mastura Jaafar, 28, atau Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak. Majlis telah berlangsung pada 11 Dis.2011.


Sabtu, 26 November 2011

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Di majlis pernikahan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob, Shera menerima mas kahwin berjumlah RM1001.00 dan wang hantaran sebanyak RM18 ribu. Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan dibalas 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital daripada pihak pengantin perempuan. Ini adalah hantaran Shera untuk pihak lelaki.

Khamis, 17 November 2011

Hantaran artis-Hantaran Perkahwinan Dira Abu Zahar dan Helmi

Pada tanggal 11.11.11 Dira (Pengacara Melodi) telah disatukan menjadi suami isteri dengan Mohd Helmi. Pada majlis pernikahan Dira dan Helmi, Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Khamis, 6 Oktober 2011

Hantaran artis-Hantaran pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz

 Pelakon Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.