Sabtu, 24 Mac 2012

Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie & Rezza-24 Mac 2012

Pelakon cantik manis, Irma Hasmie Ibrahim, 30, telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac 2012.
Majlis pertunangan berlangsung secara sederhana di rumah keluarga Irma sendiri di Sungai Buloh, Selangor.
Irma Hasmie di majlis pertunangannya

Selamat bertunang Irma Hasmie & Rezza
Irma Hasmie memakai busana pertunangannya rekaan Hatta Dolmat

Warna biru dan putih tema majlis pertunangan Irma Hasmie & Rezza
Isma Hasmie bersama Ibu & Ibu Rezza
Irma Hasmie bersama ibu bapa tunang-Rezza
Pelamin Pertunangan Irma Hasmie

Update 
Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Selain sebentuk cincin, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak selain rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.

Gambar terima kasih kepada Hatta Dolmat & Ezuwan Ismail juga The Kliker Wedding-Portrait &  Gi-Photoshoot




Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer
Gambar Tunang Irma Hasmie-Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan

9 ulasan:

Lelord berkata...

tahniah

Hansyirah Takezur berkata...

i wonder how she belit her baju.. =="
btw, tahniah

Joanna Yunus berkata...

Tahniah,,,

KaiZeN berkata...

wah...baju dia sangat cantik..gorjes..

::CIK LYNN:: berkata...

tahniah...cantik bju tu..wrna pn sweet je...=)

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

Waahhh..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat Irma n Reza....wah sama canik n sama padan pasangan ini..:)

Jendela Hati berkata...

tahniah pd Irma

Suzie berkata...

lawa sangat

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/