Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Sabtu, 24 Mac 2012

Gambar Tunang Irma Hasmie-Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan

Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang 24 Mac 2012.

Ramai juga yang tertanya-tanya wajah tunang Irma Hasmie. Irma Hasmie dan Rezza Shah Ameer bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai 2012 ini. Apa yang sweetnya tentang Irma dan tunangannya ini adalah, mereka sama sama bertemu di Tanah Suci Mekah. Rezza,31, berasal dari Kuala Lumpur dan  merupakan seorang ahli perniagaan dan bapanya seorang peguam. Reza bekerja dalam bidang pengurusan acara, pengiklanan, percetakan dan reka cipta.Di sini hendak kongsikan gambar tunang Irma Hasmie.

Update:
“Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.

Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.

“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya.
 Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua, Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam.


7 lebah buat bising:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...wah tahniah buat Irma n pasangannya.:)

arisa nazifa berkata...

Tahniah Kak Irma.

Tanpa Nama berkata...

Wah...kedua2 muka seiras...ada jodoh yang panjang nih.. Tahniah...

Tanpa Nama berkata...

yep. betul, sgt sama! semoga jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat ;)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..dah pakai tudung.. allah berikan jodoh yang terbaik..tahniah..jaga peribadi wanita muslim..

sya berkata...

cantik irma =)

Marou Apple Hijau berkata...

sweet sangat mcm madu lebah