Memaparkan catatan dengan label kain songket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kain songket. Papar semua catatan

Rabu, 11 November 2015

Songket Collection

 Clutchpurse dari material songket lagi. Walaupun patternnya ringkas,tapi bila menggunakan songket akan nampak eksklusif hasilnya.

Khamis, 25 Jun 2015

Koleksi Eksklusif Envelope Clutch Handmade ct N honey

Last tempahan pelanggan untuk envelope clutch.Selalunya untuk envelope clutch ini, pelanggan lebih suka menyediakan sendiri kain. Sebab ingin nampakkan kelainan dan eksklusif . Juga untuk nampak sedondon dengan gandingan pakaian mereka.

Foldover Clutch Handmade

 Masih menggunakan kain jenis yang sama (seperti entry  disini ). Kali ini adalah Foldover clutch pula.

Selasa, 23 Jun 2015

Songket Clutch Handmade

Lama rasanya tak update blog. Sebelum itu saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pelanggan dan pengunjung blog ini.Selama 2-3 minggu ini saya seperti biasa menyiapkan tempahan, dan salah satunya pattern envelope clutch. Ada 3 design ya g sempat disiapkan.

Selasa, 28 April 2015

Songket Handmade Bag Hadiah Hari Guru 2015

Lega tempahan Batch 1 hadiah hari guru telah siap. Ini adalah salah satu hadiah hari guru yang saya buat untuk tahun 2015. Saya sangat seronok menyiapkan tempahan tote bag dan envelope clutch dari songket ini. Dalam pada masa yang sama sangat berhati-hati dari mengunting,mengiron dan menjahitnya. Takut benang dan kainnya rosak jika tersilap semasa dalam proses membuatnya.

Selasa, 2 Disember 2014

Songket Envelope Clutch

Lama rasanya tak postkan hasil jahitan. Lepas balik dari kursus sehari  Asas Pembungkusan Makanan anjuran Mangkuk Tingkat Dot Com & Mains production slow. Tapi dayakan juga memandangkan list tempahan masih panjang.

Hari ini nak share hasil jahitan dari kain Songket. Sekarang saya memang suka jahit beg dari kain songket. Kebetulan ada pelanggan yang menempah 10pcs Clutch Purse. Jika ada sesiapa yang berminat ingin menempah menggunakan kain songket, kain adalah dari pelanggan sendiri. Saya tak menyediakan kain terutama dari kain yang agak mahal.

Kenapa saya suka menggunakan kain songket? Kerana hasil beg yang telah siap, kemas dan nampak eksklusif walaupun hanya pattern ringkas sahaja.

Koleksi kain songket berbagai corak

Rabu, 8 Oktober 2014

Evening Clutch Bag Dari Songket

Selalunya kita ada lebih dari 1 beg. Salah satunya untuk dibawa keluar bersantai-santai. Kalau yang remaja saiznya selalu kecil, tapi kalau macam saya ni emak orang saiz beg selalunya besar, kalau boleh semua barang nak masukkan dalam beg. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil, pampersnya, botol susu, baju spare dan lain-lain lagi.

Yang menjadi masalahnya bila ada majlis rasmi seperti majlis makan malam terutama jika yang bekerja. Selalunya setiap tahun syarikat akan mengadakan majlis makan malam. Malam tu lah masa untuk bergaya lebih sikit dari biasa. Mesti pening nak fikirkan gaya pada majlis itu.
Clutch bag sesuai untuk majlis istimewa seperti majli makan malam