Selasa, 23 Jun 2015

Songket Clutch Handmade

Lama rasanya tak update blog. Sebelum itu saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pelanggan dan pengunjung blog ini.Selama 2-3 minggu ini saya seperti biasa menyiapkan tempahan, dan salah satunya pattern envelope clutch. Ada 3 design ya g sempat disiapkan.

 Pattern ini nampak mudah untuk dibuat. Tapi sebenarnya mencabar juga nak menyiapkannya. Pada sudutnya mesti kemas dan part yang susah bila nak terbalikkan keluar. Untuk mengelakkan clutch menjadi berkedut atau renyuk semasa proses terbalik, haruslah dibuat dengan berhati-hati.
Envelope clutch ini adalah bersaiz A4.Kainnya pula jenis satin bermotifkan songket.Kain ini disediakan oleh pelanggan. Ditambah dengan 1 zip dibahagian dalam clutch.

Amat menarik jika dihias dengan keronsang bersaiz besar. Sesuai dibawa ke majlis makan malam, majlis perkahwinan juga pada hari raya yang bakal tiba nanti.
Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.Ataupun no telefon.
Lebih mudah bagi saya jika disertakan sekali link atau gambar beg yang hendak ditempah.Terima kasih

Tiada ulasan: