Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

Tak Dapat iPhone4s, Terima Hadiah Samsung Wave 3 Pun Jadilah.

Sekarang ini macam-macam jenama HP keluarkan versi terbaru mereka. Terus terang Ct bukanlah ambil tahu sangat tentang perkembangan gadget terbaru ini. Maklumlah duduk rumah aje, dapat HP murah pun dah ok, kalau kredit dah habis guna aje telefon rumah. Lagipun tak tahu nak call siapa, selalunya call hubby aje, tak pun call adik beradik dan ibu ayah di kampung.

Khamis, 29 Disember 2011

Pagi Yang Menginsafkan-Adakah Yang melawat Jenazahku Bila Tiba Masanya Nanti?

Alhamdulillah, pagi ini berpeluang lagi untuk meneruskan kehidupan di dalam dunia yang fana ini. Tak lama lagi sekolah akan di buka semula. Esok pun anak yang sulong akan balik ke asrama di MRSM Baling. Pagi ini seperti biasa rutin harian, bangun pagi siapkan baju dan sarapan untuk hubby pergi kerja.

Isnin, 13 Jun 2011

Bila Abang Long dah tak ada


Hari Sabtu lepas hantar Abang Long ke R&R Seremban tunggu bas untuk balik asrama di MRSM Baling, Kedah. Sebelum itu tengok dia malas aje nak bangun, bila nak sarapan menung aje. Kesian pula tengok dia, tapi cuti dah habis terpaksalah balik. Bila Abang Long dah tak ada di rumah adik-adiknya mulalah boring.

Angah - Boring sebab tak ada kawan nak ajak berbual. Ialah umur Abang Long dan Angah jaraknya cuma 2 tahun. Macam-macamlah dia boleh bualkan. Kalau nak berbual dengan Naim umurnya baru 7 tahun, berbual pasal kartun bolehlah. Lagi satu masa ada Abang Long aje, dia boleh main game sebab Abang Long diberi kelonggaran sikit dapat main sebab sesekali balik rumah, selalu memang Angah tak dapat main sebab tahun ini dia ada UPSR. No game.....

Naim - Tak dapat makan sedap-sedap lagi. Masa Abang Long ada dia boleh makan macam-macam sebab selalunya Ct masak yang simple aje. Kalau ada Abang Long Ct buat kuih, bubur, dan masak lauk best-best. Duduk di asrama tahulah resepi hariannya. Lagipun  Abang Long duduk Kedah, dia kata masakannya tak pedas. Orang nogori biasalah tak ada cili api tak sah.....

Arif - Memandangkan dia suka melukis, kalau ada Abang Long bolehlah dia minta lukis macam-macam. Lukis kartun, robot dll. Lepas Abang Long balik asrama nampaknya lukis dengan Luqman ajelah.

Luqman - Masa nak tunggu Abang Long balik dari asrama tempoh hari, dia dah cakap, kalau Abang Long balik Luqman nak tidur dengan Abang Long. Nanti ayah tidur dengan Ibu. (Selalunya Ct tidur dengan baby Fakhrul dan Luqman satu katil. Kalau Hubby nak tidur memang tak muat. Terpaksalah Hubby tidur diatas katil bujang  Abang Long dalam bilik anak). Bila Abang Long dah balik asrama maka Hubby dan Luqman bertukar  katil semulalah nampaknya.

Fakhrul - Bila Abang Long dah balik asrama tak adalah lagi orang yang nak dukung dia bila menangis. Selalunya Angah dan Abang Long gilir-gilir jaga adik kalau Ct sibuk berkemas atau pun berblogging
(he..he..he..)


Semoga Abang Long belajar rajin-rajin, jangan lupa dapatkan result yang baik. Ingat pesan ayah........

Khamis, 2 Jun 2011

Tiada lagi ku dengar kidungmu


Bismilahirrahmanirrahim....

Sebenarnya buat kali pertama, dengan berat hati , Ct menaip untuk membuat entry. Tapi Ct rasa dengan cara ini sahaja dapat Ct luahkan rasa kesedihan yang melampau ini. Semenjak menerima berita pemergian emak hari Ahad lepas, memang Ct kurang menunjukkan kesedihan dihadapan Hubby, anak-anak dan adik beradik yang lain. Ct pun tak sangka yang Ct boleh setabah itu.

Khamis, 19 Mei 2011

Hospital Jempol (terima kasih kepada Wanie)

Hospital Jempol

Hospital Jempol merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dilengkapi dengan 100 katil dibina di Bandar Sri Jempol dengan kos RM85 juta dan siap 2004. Hospital ini akan berkhidmat bagi 120,000 penduduk yang berhampiran seperti di Negeri Sembilan dan Pahang. Selama ini penduduk terpaksa mendapatkan rawatan diHospital Kuala Pilah yang jauhnya 39 km atau di Hospital Seremban yang jaraknya 85 km.


Wad 3B
Hari ini entry mengenai Hospital Jempol. Sebenarnya pada hari sabtu lepas Ct sekeluarga balik kampung di Kg Baru Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol.

Sabtu, 7 Mei 2011

"Selamat Hari Ibu".Dah dapat hadiah?Saya dah dapat.


Ibu,
tunjang keluarga yang tidak kenal penat lelah dalam membesarkan anak-anak dan menghidupkan sesebuah keluarga.Memang benar jasa-jasa ibu seharusnya dikenang sepanjang hayat bukan dalam satu hari  sahaja. Lapangkan masa untuk meraikan ibu tersayang.Cara yang paling mudah ialah dengan menziarahnya, meluahkan kata-kata sayang atau menghadiahkan sesuatu yang istimewa. Tidak tahu apa yang hendak dihadiahkan? Cenderahati buat Bonda memberikan ilham hadiah istimewa untuk ibu. Tentu ibu akan tersenyum dan gembira dengan hadiah tersebut.


Selalunya pada 'Hari Ibu' Ct akan dapat kad dari anak yang sekolah tadika.Sebab tadika mereka akan mengajar membuat kad hari Ibu.Tahun ini tak sangka Hubby sangatlah bermurah hati memberi hadiah sempena 'Hari Ibu'.Selalunya Hubby hanya memberi ucapan sahaja sebelum pergi kerja.Hubby kata disebabkan Ct sekarang ini dah jadi penulis (dalam blog ) dia hadiahkan pen.Ct pun tak tahu bila nak gunakan pen ini.Rasa-rasanya Ct gunakan bila pergi sekolah anak untuk tandatangan kad kemajuan ajelah nampaknya. Lagi pun Ct menulis bukan gunakan kertas dan pen tapi gunakan keyboard lappy.

Pen Sheaffer  (3 Sheaffer friends of winter)

Sebenarnya Ct teringin nak Hubby belikan Lappy lagi satu,tak perlulah nak berebut dengan dia.Untuk makluman semua, ada jadual bila nak gunakan Lappy dalam rumah.Selalunya waktu Ct dari pagi ke petang.Tak ada lah sepanjang masa tu menghadap lappy.Sambil-sambil tu kena layan baby menangis,anak nak makan dan macam-macam perkara yang memeningkan kepala dibuat oleh askar-askar dalam rumah ini.Kadang-kadang tu bila nak berblogging satu tangan menaip,lagi satu tangan membuai anak.Kalau tidak alamatnya tak dapatlah menziarah kawan-kawan maya Ct.Masa Hubby pula dari petang ke malam tak boleh kacau. Mungkin hadiah Lappy tu kena tunggu birthday Ct lah kot.Walau apa pun


"TERIMA KASIH SUAMIKU"

Khamis, 5 Mei 2011

Opp..ada gadis dalam rumah aku!


Terperanjat aku pagi tadi..bangun aje dari tidur tiba-tiba ada gadis dalam rumah aku.Aku pandang dia,dia pandang aku.Siapa dia ni?

Sabtu, 16 April 2011

Makna 'Fakhrul' dalam Maharaja Lawak minggu ke3

Sekarang  tak dapatlah lagi tengok Maharaja Lawak.Minggu ini dah ditukar rancangannya ke Astro Warna.Nak tengok kena cari di YouTube.Nak jimat kos he..he..
Kalau sesiapa tengok Maharaja Lawak malam tadi terutama si Jozan tu mesti tahu nama Fahkrul yang digunakan oleh mereka. Sebenarnya makna nama Fakhrul itu ialah 'kemegahan'.Sebabnya kenapa pula Ct sibuk-sibuk beritahu makna nama Fakhrul ialah kerana nama baby Ct ialah Muhammad Fakhrullah yang bermaksud Muhammad kemegahan Allah.Ini makna dalam nama Islam ye,kalau lain maksudnya dalam bahasa orang putih,Jerman atau Afrika ke lantak kau lah jang....Kita pun kalau nak cari nama anak mesti dalam makna Islam kan.Sesiapa yang nak cari nama anak atau pun saja-saja nak tahu maksud nama sendiri Jom cari di sini Lepas tu layan pula video Raja Lawak di bawah



ha..ha..ha.kelakar lah Maharaja Lawak ni
Ini lah budak yang nama Fakhrullah tu....
Nota kaki:Yang baby Fakhrul pakai tu namanya barut gantung.Selalunya anak Ct kalau dah habis pantang memang dipakaikan barut gantung sebab barut yang biasa tu(barut batang) dah tak muat.


Khamis, 14 April 2011

Kaitan Jeans,beg dan bling bling

Kali ini Ct jahitkan manik untuk lebih menarik.

Tengok gambar pun dah tahu jawapannyakan.Kain jeans dibuat beg.Nak cantik lagi jahitkan manik lepas tu mesti lah jadi bling bling kan.Layan aje lah gambar ini.
Cupcake dari felt.Tambahkan manik  dan button

Luqman

Gambar ini untuk iklan sekejap.Sebenarnya ini Luqman.Kena mandikan oleh ayahnya sebab main ubat gatal.Ubat itu beracun.Habis dia sapukan dimukanya.Sebab selalu tengok ibunya pakai krim 'oil of olay'.Dia pun ikut sekali lah buat macam itu.Bila gunakan sabun mandian baby tidak lah pedih matanya.Nasib baik tak pakai lipstik kalau tidak haru....jadi pula macam '....dalam botol'..ja...uhkan lah...tak sanggup.

Isnin, 4 April 2011

Kisah hari Ahad di Ulu Bendul

Hari Ahad semalam Ct sekeluarga pergi jalan-jalan ke Hutan Lipur Ulu Bendul.Memandangkan budget ciput,jadi pergi tempat yang dekat aje.Dari rumah ke Ulu Bendul lebih kurang 20-30 minit.Alhamdulillah cuaca cerah.Sampai disana

Rabu, 30 Mac 2011

Walaupun HKU tapi cun.

Bila tengok gambar ini, rasanya apa yang tak kena?.Mula-mula  memang tak perasan langsung kekurangannya.Anak dan anak saudara suka sangat bermain, semua nak pegang dan ambil gambar dengannya. Macam artis pula.Gebu dan warna putih lagi.Bila dah banyak gambar diambil baru lah perasan yang telinga arnab ini ada sebelah aje.Mak mertua kata,ikut keturunan sebab ayahnya pun macam tu.Ini adalah salah seekor arnab Ayah mertua yang dibela di kampung.HKU itu maksudnya haiwan kurang upaya.



Ahad, 20 Mac 2011

Nasi Ayam Popular Mantin

Hari ini rumah dah sunyi sedikit sebab Along dah balik asrama.Anak-anak yang lain sibuk siapkan barang,buku,baju untuk sekolah yang akan bermula esok.Sebenarnya hari ini nak cerita tentang peristiwa yang berlaku semalam.Pagi-pagi lagi dah hantar Along ke R&R Seremban,sebab bas yang bawa balik ke MRSM Baling tunggu disana.Dapat juga jumpa Chik June rakan FB.Anaknya pun sama sekolah dengan Along.Bas itu membawa pelajar dari Melaka singgah sebentar diSeremban dan terus mengambil pelajar di Jalan Duta KL.

ibubapa yang menghantar anak balik ke MRSM Baling

Sabtu, 19 Mac 2011

Letihnya..........

Semalam bawa anak yang berderet 6 orang pergi jalan-jalan dibandar Seremban.Memandangkan semenjak Along balik dari asrama tak pernah bawa dia keluar,maka keluarlah semuanya.Tempat pertama yang Ct pergi ialah Kedai Unik Seremban.Barang yang dicari kain Felt.Ct tahu dikedai ni ada jual kain Felt dari Syima.Dia mengomen diblog tinihani sambil tu dia pun komen juga komen Ct (terima kasih Syima).

kain felt
Sebelum beli nak buat macam-macam.Tapi dah beli, blur pula nak buat yang mana dulu...uuhh....

Selasa, 11 Januari 2011

Buli

Tiap kali balik dari sekolah,mesti mengadu kawan buat macam ni macam tu kat dia.Pening kepala dibuatnya.Nak disuruh melawan,nanti kena marah dengan guru dia,atau pun mengajar anak jadi ganas,nak disuruh biarkan aje,lagi suka pula kawannya buli.Hai.....habis macam mana?
Hari ini anak No 3 balik,mengadu kawan dia suka tarik belakang seluar,

Isnin, 10 Januari 2011

makeover

Muhammad Amirul Luqman
Setiap kali pergi ke mana-mana,mesti ada yang bertanya lelaki ke perempuan.Disebabkan dah letih nak menjawab,atuknya dah tegur banyak kali,dan takut pula jadi perkara yang lain macam nanti,terpaksalah memotong rambutnya.Tujuan asal menyimpan rambut panjang bukanlah terdesak sangat nak kan anak perempuan,tapi disebabkan ayahnya terlampau minat tengok cerita Naruto.Lagipun ayahnya tak dapat rambut lurus jadi anaknya lah yang menjadi mangsa fesyen.Hai....Luqman...Luqman.












Jumaat, 31 Disember 2010

suasana baru

Hari ni pergi buat pendaftaran darjah satu untuk anak no 3.Satu kelas dengan sepupu dia.Cikgu kelas siap cakap tak boleh duduk dekat-dekat,nanti buat bising aje.Tempat pertama yang dia nak tahu mana kantin....Hai....Naim...Naim...bila la nak kurangkan makan.Harap-harap dia akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru,maklumlah tak sama dengan suasana tadika.



Kelas 1 Zamrud



Bersama sepupu,Daniel

Selasa, 28 Disember 2010

Sudah bermula

Sebenarnya anak Ct yang sulong,sudah memulakan sessi persekolahan 2011nya untuk Tingkatan 2 semalam.Hari Ahad ayahnya hantar blk asrama di MRSM Baling.