Jumaat, 29 Jun 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Pertemuan ketika menjalani ibadah umrah tahun lalu diakhiri dengan ikatan perkahwinan apabila pelakon dan pengacara tempatan, Irma Hasmi Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan ringkas tetapi meriah ini diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira jam 3.50 petang, Jumaat.

Dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua belah pihak dan wakil media, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah Irma iaitu Ibrahim Omar di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.















Pihak perempuan telah menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain daripada sebentuk cincin, Redza telah memberi barang hantaran lain seperti sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, set mandian serta coklat.

Manakala Irma membalas dengan sebentuk cincin, sirih junjung, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 1 Julai, jam 8 malam.

1 ulasan:

Maisarah Azmi berkata...

ade bunge ros..pink lagi.. cantik hantaran.. nanti nak uat macam nie la.. hheehe