Ahad, 20 November 2011

Gambar Majlis Pernikahan Zahiril Adzim (Juvana) dan Syera Aiyob

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juga penulis buku Bogel Menuju Tuhan iaitu Zahiril Adzim telah sah menjadi suami kepada Shera Aiyob dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pihak perempuan di Taman Tasek Indra, Perak, sekitar jam 10.30 pagi tadi. Mereka dinikahkan oleh bapa Shera sendiri iaitu Aiyob Bin Shaharuddin.

Di majlis pernikahan tersebut, Shera menerima mas kahwin berjumlah RM1001.00 dan wang hantaran sebanyak RM18 ribu. Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan dibalas 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital daripada pihak pengantin perempuan.
Hantaran pihak lelaki kepada perempuan lebih bermakna apabila ibu Zahiril, Zailan Yussoff, 54, menghadiahkan naskah pertama buku hasil nukilannya yang bertajuk Anai-Anai Dalam Perkahwinan kepada menantunya itu.

Pelakon yang terkenal melalui drama Juvana itu ditemani kedua ibu bapanya, Zailan dan Mohd Mokhtar Ibrahim, 61, yang merestui kehadiran menantu perempuan pertama dalam keluarga mereka.
zonartis.com
Zahiril mengenakan sepasang baju Melayu putih lengkap bersampin songket, manakala Shera memakai baju kurung moden putih rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.


Cek Wang Hantaran
Pelamin Perkahwinan Zahiril Adzim dan Syera Aiyob
rentakartis.com
Selamat Pengantin Baru Zahiril Adzim dan Shera Aiyob
SSgraphy
Shera menerima mas kahwin berjumlah RM1001.00 dan wang hantaran sebanyak RM18 ribu. 
Tengok adegan 'drama' dalam MasterChef ! Ada hadiah menanti



Gambar dari jangguttouch


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi,
Just nak bagitahu yang you guna gambar from ssgraphy but you tak credit to them. plus you crop logo and website yang ada di gambar tersebut.

Do give them credit if you still want to use their photo.
Thanks.