Isnin, 23 Mei 2011

Apakah Neural Tube Defects (NTD)?

Kehadiran seorang cahaya mata adalah saat yang membahagiakan bagi pasangan yang berkahwin. Tentulah ibu dan bapa mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat bayi yang dikandung selama sembilan bulan lahir ke dunia tanpa cacat celanya. Apakah perasaan ibu-ibu anak yang dilahirkan itu tidak normal. Kita tidak boleh mengelak kalau itu adalah takdir Allah, tapi sebelum itu kita cuba mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Jika inginkan lebih banyak gambar tentang (NTD) ini anda boleh google search. Ct tak sanggup untuk menunjukkan disini kerana sungguh menyedihkan bila melihatnya.


Antara yang paling serius ialah kecacatan pada otak dan kepala spinal cord (saraf tunjang) yang dipanggil Neural Tube Defects (NTD) adalah kejadian paling banyak berlaku pada bayi.


Apakah kecacatan NTD
Banyak kehamilan berakhir dengan keguguran atau kematian semasa dilahirkan akibat dari NTD. NTD yang paling kerap adalah spina bifida, yang menyebabkan kelumpuhan pada kanak-kanak.
Anencephaly  pula, keadaan yang menyebabkan maut dimana bayi dilahirkan tanpa perkembangan yang sempurna pada otak dan tengkorak atau mengalami kecacatan otak kerana hasil dari penutupan otak yang tidak lengkap pada awal perkembangan embrio.
NTDs boleh terjadi akibat
1.Keturunan - Ia lebih ketara berlaku dikalangan masyarakat kulit putih dan kebanyakan terjadi pada janin perempuan berbanding lelaki.
2.Pemakanan - Banyak bukti menunjukkan insiden penyakit ini berkurangan jika aturan pemakanan oleh ibu diperbaiki. Dalam hal ini pengambilan folate dikesan dapat mengelakkan penyakit ini.
3.Panas keterlaluan pada tiga minggu pertama kehamilan misalnya seperti demam, mandi wap.
4.Jangkitan virus.
5.Kesan sampingan dari pemakan ubat semasa hamil seperti ubat untuk sawan.


Pada awal kehamilan keadaan ibu tidak stabil dan merasa loya dengan pemakanan. Oleh itu kebanyakan wanita perlu berusaha untuk mendapatkan folate yang mencukupi semasa mengandung kerana ia boleh menghalang kecacatan di awal kehamilan. Sungguhpun ada diantara wanita merancang untuk tidak mempunyai anak, mereka seharusnya mengambil vitamin B secara serius. Kebanyakan multivitamin mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram kandungan folate. Cuma jangan diambil berlebihan 10 atau 20 kali boleh mengakibatkan risiko barah.
Apakah folate?
Asid folik adalah sejenias vitamin B, juga dikenali sebagai folate.


Mengapa ia penting?
Ia mengurangkan risiko kecacatan otak.


Berapakah banyakkah yang diperlukan?
Semua wanita pada usia yang boleh melahirkan anak perlu mengambil tambahan 400mcg folate sehari.
Dimanakah boleh mendapatkannya?
1.Hati ayam
2.Jus oren
3.Buah-buahan,sayur hijau,sayur berkacang
4.Sarapan bijirin yang mengandungi folate
5.Vitamin yang mengandungi folate


Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh (klik sini) kerana infonya disusun didalam bahasa Melayu.

6 ulasan:

  1. wooh...something yang sy baru taw..thanks sharing,.,:)

    BalasPadam
  2. sungguh menyayat hati......tak sanggop nak tengok...

    BalasPadam
  3. kesian tengok baby tu ct huwaa

    BalasPadam
  4. amalkan pemakanan seimbang disamping berdoa selalu dan jgn siksa sesama makhluk...

    BalasPadam
  5. owhhh...ok ok , baru tao paham.. thanks Ct n Honey

    BalasPadam