Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Manakala bentuk baru siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran.
Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.
Adakah anda merasa ketakutan bila malam menjelma? Kini ada penyelesaiannya. (Dapatkan ADT)
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011.
wa.. kena simpan sehelai dua nih.. nanti labi 12 tahun semua dah abis... :) macam duit rm2 yang dah tak kelihatan itu...
BalasPadamsemua duit kertas lama akan pupusle nnti yer...
BalasPadam