Ahad, 24 Julai 2011

Gambar majlis resepsi Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir di Sime Darby Convention Center

Majlis resepsi pengantin baru Nurul Syuhada Nurul Ain dan pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa telah berlangsung pada 23 Julai 2011 yang bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.




Majlis yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu ini bertemakan moden tradisional dengan menggunakan tema warna peach dan putih dengan sentuhan daripada Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan.

Pasangan mempelai mengayakan busana rekaan Datuk Radzuan Raziwill dan solekan dari jurumekap TV3 Laila Rohani.



Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan dan Syawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.

“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, di sini,Sabtu.


Mengulas tentang perancangan membina keluarga, pasangan ini mengakui mereka menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.
Bagi sesiapa yang ketinggalan menonton Majalah 3 malam tadi bolehlah tengok video Majlis pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir

11 ulasan:

  1. adoii cantiknyaa...

    ct : pasal sponsor tu .. ct bg gambar hadiah apa yg nk di sponsor ke bee dulu ye ...

    BalasPadam
  2. muka suami syuhada nie ada iras2 jimmy shanley pulak..

    BalasPadam
  3. sama cantik sama padan...moga diberkati Allah

    BalasPadam
  4. auuuuw lawaaaa <3 sepadan :D

    moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/kau-dengan-ak-same.html

    BalasPadam
  5. memang padan.. moga mereka bahgia hingga akhir hayat

    BalasPadam
  6. cntik ... berseri ...

    aah betul kata kutu..mcm iras jimmy shanley :p

    BalasPadam
  7. @puanbee hari ini ct cuba letak dlm fb ct ye

    BalasPadam
  8. @Puan Kutu
    ye ke..jgn tiru cerita panas dia cukup lah

    BalasPadam
  9. @Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
    tinggal seorang lagi yg ckp cam tu..sahlah rupanya cam jimmy

    BalasPadam