Perkahwinan yang menelan perbelanjaan melampau mencecah jutaan ringgit boleh memberikan impak sosial yang negatif jika ia dilaksanakan hanya semata-mata memenuhi elemen menunjuk-nunjuk hingga mengetepikan matlamat sebenar perkahwinan.
Dari segi sosial pula, kebanyakan majlis perkahwinan mewah besar-besaran yang dianjurkan di negara ini sudah dicampur aduk dengan pelbagai elemen selain dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapat keuntungan khususnya membabitkan selebriti dalam memastikan barangan yang ditaja mendapat publisiti meluas.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara yang juga pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, pula berkata kesan lebih buruk jika majlis itu lari daripada matlamat dan akhirnya mengakibatkan pembaziran, malah lebih teruk lagi ikatan yang dibina dengan perbelanjaan jutaan ringgit tidak mampu bertahan lama.
“Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi yang sangat dituntut malah kenduri atau majlis itu harus dibuat hanya bagi mereka yang berkemampuan. Perkara paling penting jangan sampai majlis jadi perkara boleh menimbulkan riak (sifat menunjuk-nunjuk).
“Islam mengunjurkan pernikahan dalam suasana paling mudah dan ringkas kerana itu yang terbaik dan paling diberkati. Untuk apa kita melaksanakan majlis yang bermegah dan bermewah tetapi tidak mendatangkan keberkatan, kerana apa yang penting majlis diberkati,” katanya.
“Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi yang sangat dituntut malah kenduri atau majlis itu harus dibuat hanya bagi mereka yang berkemampuan. Perkara paling penting jangan sampai majlis jadi perkara boleh menimbulkan riak (sifat menunjuk-nunjuk).
“Islam mengunjurkan pernikahan dalam suasana paling mudah dan ringkas kerana itu yang terbaik dan paling diberkati. Untuk apa kita melaksanakan majlis yang bermegah dan bermewah tetapi tidak mendatangkan keberkatan, kerana apa yang penting majlis diberkati,” katanya.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, ini akan menjadi ikutan hingga ada pasangan sanggup berhutang bagi memastikan majlis berlangsung dengan gilang gemilang yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang selepas perkahwinan.
“Ia juga tergelincir daripada matlamat sebenar perkahwinan yang sepatutnya dilaksanakan dengan cara sederhana. Bila rumah tangga dibina atas niat mahu popular hingga sanggup berhabis dan mengetepikan asas utama perkahwinan yang sepatutnya sederhana dan berteraskan agama, tidak mustahil ia boleh jadi faktor menyebabkan perceraian,” katanya.
Rafflesia turut memaklumkan akan menyediakan dua persalinan bertatahkan mutiara yang setiap satunya bernilai RM500,000, dua set barang kemas masing-masing bernilai RM2.8 juta berupa anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. bharian.com
rm12 juta tu tajaan ke??wah mkin bnyk kontroversi, makin hot erk diorang nih..
BalasPadamni kes x tau nk spend duit kat mane la ni (-_-'')
BalasPadamtak habis2 citer pasal dua org ni.. dah naik meluat... apalah kebaikan mereka ni sampai sesetengah pihak sanggup nak sponser sebegitu.. dahla bekas kena tangkap kering!!
BalasPadamduit hantaran dengan mas kawin bekas isteri norman tu dh langsai ke sampai nk buat kawin berjuta2 ni???
BalasPadamtudia tk ingat anak berderet nk kena sara , sok2 tua2 mula lah artis tunjuk mereka sebenarnya tk lah byk duit sgt ..
BalasPadamLIKE bila ustaz hassan din komen.biarrr kasik berapiii sikit diorg tuuu.
BalasPadamni panggil giler Kentang...Klu orang komen mesti si memey tu cakap Tajaan...Setuju akata Arennys..ni reflesia tak tahu nk salur duit lah tu, wat tajaan nk elak bayar TAX..yang rakyat ni duk bayar Tax sebab tak tahu nk elak..yg Company leh lh wat ngelat2 camtu...menyampah pulak rasa...baik hang p taja orang p Mekkah ker, Umrah ker...aduyai...
BalasPadamsetuju ngan suez tu..wat tajaan org gi makkah ke,dapat gak pahala.. kalo kawin kekal,alhamdulillah la gak..tapi kalo x? hmmmmmm...
BalasPadamwedding of the year tah,haha
BalasPadam@syaz@rozelt kalah siti nurhaliza punya harga baju kawin yg bakal memey pakai nanti..hot tak hot si memey tu
BalasPadam@Arenyss tapi bagi kat orang yg tak sesuai
BalasPadam@aeinio dia orang tu ambil kesempatan aje di atas kontroversi mereka
BalasPadam@merahitujambu nanti kita dengar si abby tu mengamuk kita tidak,manalah tahu meroyan pulak nanti kat majlis tu...haru..
BalasPadam@puanbee mcm manalah perasaan anak dia tu nanti kan..
BalasPadamNak kahwin sampai habis juta-juta. Nanti dah cerai dah tak da apa dah. hish. Btw, nice info. :)
BalasPadam@namaakulynn lepas ni takut pula sponsor nak sponsor artis kan..
BalasPadam@SueZoh ye ke mcm tu..pandai mereka buat bisneskan..rasanya tokeynya pun bukan bangsa kita
BalasPadam@littletiny kita tgk lah nanti,takut nanti dpt balasan pula sbb meruntuhkan masjid orang lain
BalasPadam@amir aizat kita tgk lah nanti cam mana gemilangnya perkahwinan mereka
BalasPadamretis mcm tu la..jgn taK JADI DAH LE...
BalasPadambuat ringkas sudah :)
BalasPadamadusss..x bek mmbazir2 ... sederhana aje sudah ...
BalasPadamBaju kahwin saya dulu ada lagi sampai sekarang sebab kakak jahit sendiri.Ni kalau orang seponsor ni ada ke boleh simpan mau lepas kahwin belum kering peluh orang dah minta balik...heheheh
BalasPadamdoakan jelah moga diberkati mereka ni ...
ustaz saya cakap orang yang kawen sampai membazir ni ,perkahswinan x berkat...sebab tu banyak kes cerai berai..
BalasPadamrm12 juta ??
BalasPadamgila apa ..baik sedekah bagi anak2 yatim ~
ni bagai nak rak ...
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
BalasPadammalunya klu apa yg dirancang tak jadi
@Suzie
BalasPadamnamanya pun sponsor,juta2 dpt pakai kejap aje lah,tgk gambar aje lah nanti sebagai kenang2an. baju kawin dulu, muat x sekarang ni lagi?he.he.he...
bek salurkn wang 2 kt anak2 yatim ke,umah2 org tua ke,org2 miskin ke..de gak faedahnyer...ala..xgne lau mjlis kawen grand2..tp utang keliling pinggang..hutang kat abby dah settle blom??kawen pandai..tggungjawab lepas...pe la...
BalasPadam