Ahad, 23 Oktober 2011

Eksklusif: Dulu cinta kini putus-Luahan hati Izreen mengenai Johan

SATU pertemuan membabitkan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, diaturkan petang Selasa lalu di Bangsar, Kuala Lumpur. Secara kebetulan Izreen bercuti daripada meneruskan baki penggambaran drama Tentang Dhia untuk TV3. Persetujuan awal sudah diberikan Izreen kerana dia mahu meluahkan segala-gala yang terbuku di hati.

INFO menarik Izreen-Johan


Izreen tidak berkenan dengan perangai Johan ketika masing-masing berada di lokasi penggambaran drama Juvana. Namun, siapa sangka orang tak digemari itu akhirnya pernah berjaya menawan hatinya.

Izreen menafikan dirinya terlalu mengongkong Johan kerana hakikatnya dia cukup menjadi penyokong nombor satu kepada Johan. Izreen juga tak lokek berkongsi pengalamannya dengan Johan.

Sebelum ini bukan Izreen tidak mahu mengakui cintanya dengan Johan, cuma dia berasakan masih terlalu awal untuk didedahkan.

Kali terakhir Izreen berjumpa Johan sebelum pertemuan diaturkan B*POP ialah ketika sama-sama diundang ke sesi fotografi sebuah majalah pada 28 September lalu. Johan dikatakan tiba lewat dua jam dan pada masa sama Izreen juga terpaksa bergegas ke Tanjung Karang untuk melunaskan penggambaran drama Tentang Dhia.

Ketika sesi fotografi itu, masing-masing pun kekok bergambar bersama kerana hubungan mereka disifatkan semakin renggang.

Selepas Aidilfitri, Izreen dan Johan jarang berinteraksi kerana masing-masing sibuk dengan jadual seni.

Malam sebelum pertemuan diaturkan B*POP berlangsung, Johan menghantar SMS kepada Izreen memberitahu dia tidak akan mengaku mereka pernah mempunyai hubungan istimewa.

Johan juga pernah ajak Izreen bertunang. Ikuti ceritanya di gua.com

4 ulasan:

  1. boleh tahan gak johan punya kepala ni..ekeke

    p/s: johan mane ni? yang Jozan tu ker?

    BalasPadam
  2. artis kalau berkawan dan ada apa2 berita terbaru mmg cepat meletup kan.
    moga ada jodoh mereka

    rebellion,
    johan yang dalam drama juvana, yang bw wakat botak

    BalasPadam