Ahad, 23 Oktober 2011

Senarai rancangan menarik TV tahun 2012-TV3, TV9, 8TV dan ntv7(Media Prima Berhad)

Mengungguli dunia penyiaran tanah air, rangkaian stesen konglomerat Media Prima Berhad (MPB) iaitu TV3, TV9, 8TV dan ntv7 terus mengekalkan kecemerlangan dengan menyediakan aneka rancangan hebat sepanjang 2012.

File:Media Prima.png
Bagi memperkenalkan program menarik itu, MPB akan menganjurkan majlis pratonton khas iaitu MPB TVN Screenings 2012 yang bertemakan Media Prima Nite Life di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Oktober, jam 3 petang. Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, sebagai stesen yang beroperasi selama 27 tahun, TV3 bertanggungjawab mengekalkan reputasi dan pencapaian cemerlang dengan mengetengahkan pengisian mantap, bermutu, relevan dan selari dengan cita rasa penonton.

“Penonton pasti berpuas hati dengan sajian aneka drama rantaian terbaik, antaranya, Atas Nama Cinta, Malaya, Bukan Bidadari, Amukan Pocong, Mak Lang Datang Kompang Bergendang selain paparan acara tahunan yang setia dinanti ramai iaitu Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), Anugerah Bintang Popular ke-25 (ABPBH 2011) dan Anugerah Skrin 2012. “Saluran paling popular ini turut diserikan dengan siri TV popular antarabangsa seperti Merlin dan Endless Love malah penonton cilik pasti terhibur dengan sajian hebat Saladin, Robot Arpo dan Dunia Eicak. Penyiaran siri animasi adalah salah satu inisiatif TV3 dalam menyokong dan memartabat industri animasi tempatan,” katanya.

Sementara itu saluran 8TV yang menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan tempatan sejak bersiaran termasuklah Phoenix Awards dan Promax/BDA Awards tidak kurang hebat apabila tampil bergaya dengan himpunan rancangan menghiburkan. Menurut Pengurus besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, penonton setia saluran 8TV pasti berpuas hati dengan program hebat tempatan, Hollywood dan Asia yang bakal menghiasi kalendar 2012. “Bermula Januari depan, Ba Du Kong Jian Mandarin bakal diserikan dengan seleksi drama tempatan seperti Rhapsody, Move It dan 8 Mini Centuries selain program popular yang akan kembali iaitu 8E-news, Ho Chak!, 8 Style, Eyes On You, Step Forward 8, Hot Chef Getaways 2, Ultimate Power Star 2, Exodus 2 dan Move It.

“Program berita berbahasa Cina yang berjaya mengumpul jumlah penonton paling tinggi kekal bersiaran jam 8.00 malam manakala Midday Mandarin News yang semakin mendapat tempat di hati penonton akan ke udara pada 12.30 tengah hari.

“Slot Best of The East yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 hingga 9.30 malam akan menghidangkan pelbagai drama terbaru Asia seperti D.I.E. Again, A Chip Off The Old Block, When Lanes Merge, In the Eye of The Beholder, The Mysteries Of Love, Can’t Buy Me Love, Every Move You Make dan Beauty Of The Game,” katanya. Selain itu, turut ke udara drama popular antarabangsa yang sarat elemen suspen, komedi dan romantik seperti Secret Garden, My Princess, Ghost Catcher II, Journey To the West, My Girlfriend is a Gumiho, Sunshine Angel, Dream High, Miss Ripley dan Hate To Lose.

Antara program antarabangsa lain yang bakal menemui penonton ialah Big Brother, Guess Guess Guess, Super Idol 5 dan Lets Go Dream Team. Turut melengkapi kalendar 2012 program menghiburkan Bodyguard & Assasins, Treasure Hunt, Lady Cop & Papa Crook dan On His Majesty Secret Services serta animasi terbaru iaitu Bakuman dan Fairy Tail.

Melengkapi selera orang ramai, turut diketengahkan rancangan terbaik Hollywood iaitu Criminal Minds musim 7, Desperate Housewives 8, NCIS 9, NCIS LA 3, The Vampire Diaries 3, Gossip Girl 5 dan Pretty Little Liars selain memperkenalkan program baru iaitu The Secret Circle, Revenge, Switched at Birth di samping program seperti Apartment 23 dan Jane By Design.

Khusus buat pencinta rancangan realiti nyanyian, 8TV tidak ketinggalan menyajikan American Idol musim 11 dan sebuah program terbaru popular Amerika Syarikat, The X Factor. Di samping mengekalkan beberapa program tempatan utama seperti The 8TV Quickie, 8TV bakal memperkenalkan program baru Project Pop dan Hip Hoppin’ Asia. Program yang menjadi landasan anak muda tempatan mempamerkan skil tarian iaitu Showdown akan kembali menghangatkan saluran ini, begitu juga dengan anugerah berprestij Shout! Awards 2012. Stesen TV nombor dua negara, TV9 pula bangga apabila berjaya sasaran memenangi hati penonton remaja berusia lingkungan 15 hingga 29 tahun mencapai sasaran. Selari dengan perkembangan positif itu, TV9 bakal tampil bergaya dengan beberapa program keremajaan seawal Disember ini.

Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Nordin berkata, eksperimen menerusi program Remaja Esktrem, Remaja, Apa Saja FBI, Hujan di Paris dan Bunckface di Hong Kong menjadi, bahkan kami juga berjaya menghimpun kelompok penonton baru daripada kalangan remaja melalui acara padang seperti Ekspres Remaja yang membabitkan penuntut universiti, Jam Session dan GIG TV9. Antara rancangan yang diyakini mampu mengumpul ramai penonton adalah It's Friday, I'm In Love yang bakal menghiasi slot Aurora. Menceritakan remaja bernama Amirul yang sering jatuh cinta setiap kali tibanya Jumaat dan berpisah pada Khamis. Selain itu, Gila Bola yang dijangka mendapat sambutan luar biasa peminat bola tanah air. Program ini diterbitkan peminat fanatik sukan itu dan dihoskan oleh dua pengacara popular yang juga kaki bola iaitu Seelan Paul dan Kieran dari Hot FM. Bukan sekadar paparan terbaru mengenai sukan bola tetapi turut diselitkan gosip pemain dan isu bola.

Program VS (Versus) pula menyediakan hadiah bernilai RM250,000 untuk kumpulan muzik. Lima kumpulan akan bertarung meraih hadiah yang ditawarkan itu tetapi perlu melalui pelbagai rintangan selama 10 episod. termasuk menggubah semula lagu yang pernah dinyanyikan penyanyi terkenal negara. Vs (Versus) akan ke udara Mei 2012.

4 ulasan:

  1. sy peminat setia media prima...no astro kt rumah. nk tgk tv pun kena bayar ke? huhu

    BalasPadam
  2. rancangan biar bermanfaat untuk semua umat islam..saja singgah..

    BalasPadam
  3. heee byk giler artis kt sini...mau terjojol biji mata tgk :p

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam