Jumaat, 21 Oktober 2011

Gambar majlis resepsi/persandingan Yasmin Hani dan Sha'arin

Bertempat di Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis resepsi/persandingan Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson dan Sha’arin Mohd. Razali Wong. Sebelum itu majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada petang tadi di tempat yang sama.
 Gambar terkini majlis pernikahan Yasmin Hani dan Sha'arin







Merisik bagaimana wujudnya percikan cinta antara Hani dan Sha’arin

“Ia berlaku secara semula jadi selepas pertemuan tidak sengaja di Damansara hujung tahun lalu. Selepas berhubung menerusi Facebook, kami semakin akrab. Senang cakap, mungkin masing-masing sudah sedia, kami memutuskan untuk ke tahap lebih serius tanpa berlengah-lengah. Sudah lama dia mencari lelaki sarat dengan sifat kekeluargaan. Maksudnya, cukup rapat dan sensitif dengan keperluan keluarga. Selain itu, Sha’arin juga banyak menyedarkan dirinya tentang kepentingan penjagaan makanan dan gaya hidup harian. Selain itu, sifat kelakar Sha’arin juga telah banyak mewarnai hidupnya. Sebagai hamba-Nya, saya hanya berdoa agar perkahwinan kami ini bahagia sampai ke syurga,” bicara Hani
Hari bahagia Hani juga dikongsi bersama dengan kedua-dua anak Sha’arin menerusi perkahwinan pertama terdahulu iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23.


4 ulasan:

  1. semoga perkahwinan yang ini panjang jodohnya selamanya..amin

    BalasPadam
  2. Tumpang gembira, semoga mereka bahagia ke anak cucu.. ;)



    Tapi mekap Yasmin macam tebbbal semacam je, natural pun dia dah cukup cantik kot..

    BalasPadam