Jumaat, 21 Oktober 2011

Gambar Majlis pernikahan Yasmin Hani dan Sha'arin (Blackrose)

Bertempat di Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur telah mencatat sejarah dalam hidup pelakon Yasmin Hani. Penantian untuk memegang status ‘isteri’ selama 32 tahun akhirnya menemui noktah. Pada tarikh 21 Oktober 2011 dengan hanya sekali lafaz Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya bernama Sha’arin Mohd. Razali Wong.




Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.
Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Untuk majlis bersejarah ini Hani menggunakan khidmat perunding perkahwinan Adly Zaihardi. Tema taman dalam bangunan menjadi pilihannya.
Pelamin perkahwinan (resepsi) Yasmin Hani


Sementara khidmat pelamin dan hantaran, Hani memilih Adi Wedding Couture, sementara pelamin untuk pernikahan pula Professor Mohd. Ali Yusop dari Shah Alam, Selangor. Hani mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan baju daripada pereka fesyen Hatta Dolmat.
Gambar akan diupload lagi.

2 ulasan:

NzA berkata...

suami hani awet muda la...

FaKArePa!n berkata...

apsal org pompuan minat duda ea???

kompius..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/