Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.
Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Roslan Bek Ahmad pula berkata, polis menerima panggilan mengenai objek itu pada jam 1.45 pagi tadi dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 kilometer antara Tanjung Malim dan Tapah Road.
"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap," katanya kepada pemberita.
Roslan berkata, hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di Kilometer 259.25 berhampiran Slim River pada jam 12.05 tengah hari tadi.
Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.
"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan," katanya.
Roslan berkata, polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. bharian.com
Ler.. sian penumpang yang tersangkut tu. sape punya kerja la tu.
BalasPadam