Fiesta anjuran Grup Buku Karangkraf itu diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada orang ramai mendapatkan buku dan novel dengan harga istimewa. Setiap buku dan novel keluaran Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari dijual dengan harga gudang dan menawarkan diskaun dari 10 peratus sehingga 80 peratus untuk buku baru dan lama.
Selain jualan buku dan novel, orang ramai turut berpeluang bertemu penulis novel yang didatangkan khas di Fiesta Buku tersebut.
Bagi memudahkan orang ramai memilih buku dan novel kegemaran mereka, penganjur menyediakan lima khemah di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Selain itu, minuman percuma untuk orang ramai turut disediakan.
Lebih 1,500 judul buku dan novel bakal dijual sepanjang fiesta dan 50 peratus daripadanya adalah buku dan novel baru keluaran tahun ini. Fiesta Buku Karangkraf akan bermula seawal 9 pagi sehingga 6 petang dengan menampilkan pelbagai koleksi buku dan novel baru serta lama untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
yeay .. nak pegi.
BalasPadambest ini kalu dpt gi...
BalasPadammau ilang ingatan sekejap kalau dpt gi
BalasPadam@Jendela Hati
BalasPadamHa..ha.ha..jangan lupa jln balik udah lah,..
@kakchik@ella
BalasPadamnanti bolehlah borong,mesti rambang mata tgk cite yg best2...
@teratai
BalasPadamklu ada peluang bolehlah pegi,tak lama,3 hari aje
aiseymann !! mesti best !
BalasPadam:)
@Nelly The Strange
BalasPadamuntuk yg minat cari novel terbaru boleh lah gi...