Khamis, 15 Disember 2011

3 Blogger Bakal Di saman Tan Sri Musa Hassan Kerana Memfitnah Berkahwin Dengan Syella Kamaruddin

Baru-baru ini kecoh tentang perkahwinan Penyanyi Syella Kamaruddin yang telah menelan belanja sebanyak RM15 juta. Bertambah hangat pula berita itu bila siapa suami Syella menjadi teka-teki. Hal ini terjadi kerana Syella sendiri enggan memberitahu siapakah sebenarnya suaminya.


Oleh kerana itu ramai membuat andaian lebih-lebih lagi bila keluar gambar suami sebenarnya Syella Kamaruddin. Ada yang menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai suami Syella.

Berita itu telah dinafikan oleh Tan Sri Musa Hassan sendiri dan satu laporan polis telah dibuat.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya. Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan. Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.


Tiga laman blog itu adalah freemalays.blogspot.com , pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com

Sumber dari  utusan.com


20 ulasan:

  1. fuhhh... nasib baik tak buat entri mengarut pasal syella hari tu, kalau x, x pasal2 tmbh g sorg blogger... hahaha...

    BalasPadam
  2. fuhhh... nasib baik tak buat entri mengarut pasal syella hari tu, kalau x, x pasal2 tmbh g sorg blogger... hahaha...

    BalasPadam
  3. Siapalah blogger yg akan kena saman tu yer.

    BalasPadam
  4. jd blogger ni kalau tak berhati-hati hurmmmm .. kena saman la jawabnya.

    BalasPadam
  5. aku ada tulis pasal sheylla ni tp xde tuduh musa hasan.. nasib baik

    BalasPadam
  6. Tak tau menahu pasal ni. Baca ni, baru tau. :)

    BalasPadam
  7. takutnya..tu la kan takut jugak nak tulis bukan2 kt blog nati tak pasal2 kena..

    BalasPadam
  8. tulah len kali baik citer hal sendiri daripada sebok jaga tepi kain org lain...kan dah kena...pengajaran untuk saya jugak...

    BalasPadam
  9. sepatutnya kawin menghindarkan fitnah, tp la ni kawin mendatangkan fitnah.. kalau takmo rog tau kawin ngan sapa takyah ler di warwarkan.. nikah jer senyap2 kan senang. maybe nnt kang org tak tau plak pasal million2 tuh kan

    BalasPadam
  10. @fiza
    kesian gak dengan mereka,tapi nak buat cam ne,berani ckp,berani tanggunglah

    BalasPadam
  11. @kakchik@ella
    sekarang ni kena hati2,jgn memfitnah,bukan dosa aje kena saman lagi

    BalasPadam
  12. @Alieza Dayasari
    byk sgt teka-teki,sbb tu ramai yg nak ambil tahu

    BalasPadam
  13. @Mr.PinGu
    samalah dgn saya,klu tak pasti baik jgn tulis nama,tak pasal2 kena saman

    BalasPadam
  14. @Mila@Rimbun
    tak tahulah apa motif syella ni,kan dah kecoh,tak pasal2 orang lain kena saman

    BalasPadam
  15. @Terbelog
    nasib baik tak kena ke nasib baik kena saman?he.he.he

    BalasPadam