Isnin, 20 Februari 2012

Gambar Majlis Khatam Al-Quran Lisa Surihani-19 Februari 2012

Tinggal 3 hari saja lagi sebelum pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal diijabkabulkan. Sebelum majlis akad nikah Lisa telah mengadakan majlis mandi bunga & majlis berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya pada 17 Februari 2012. Maklumlah mesti nak nampak berseri-seri di atas pelamin nantikan.


Semalam(Ahad) Lisa telah mengadakan majlis khatam al-Quran selepas solat Maghrib di rumah nenek di Petaling Jaya.

"mak nak saya ikut cara persediaan orang dulu-dulu, ikut cara tradisional. Inilah masanya sebab selama ini asyik sibuk dengan kerja, akan ada malam berinai dan khatam al-Quran juga, saya juga akan buat acara mandi bunga. Tapi mandi bunga beramai-ramai ala-ala girls affair dengan sepupu-sepupu serta ibu-ibu saudara yang dah kahwin atau belum kahwin boleh ikut serta. Seronoklah dapat rasa pengalaman begitu, saya sendiri ikut cakap ibu, dia yang nak sangat saya buat semua itu. Lagipun benda-benda begitu akan buat bakal pengantin rasa istimewa, menenangkan dan lebih dekat dengan budaya serta saudara-mara",kata Lisa



Majlis khatam Al-Quran ini diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, Lisa meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajarnya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal diijabkabulkan.pada 23 Februari  dan majlis resepsi pada 26 Februari 2012.



  Gambar Majlis Mandi Bunga & Berinai Lisa Surihani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan