Nabila panggil sayang |
“Dia ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon. “Saya tahu orang ingat kami bercinta selepas digandingkan dalam Pelangi Kasih. Kalau cinta lokasi tidak mungkin kami rapat hingga sekarang. Cara hidup saya dan Johan berbeza dan itulah yang membuatkan persahabatan kami semakin erat", katanya.
Nabila dan Johan sangat mesra |
Mengenai pengganti kekosongan hatinya, Nabila yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan. Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik.
Johan dan Nabila tidak menolak kalau ada jodoh |
Johan mengakui apa yang dituturkan Nabila benar belaka. Katanya, belum terlintas untuk mengangkat ikatan persahabatan yang terjalin itu ke satu fasa lebih serius.
“Jujur, saya tidak pernah ada kawan karib wanita dan dialah yang pertama dalam hidup saya. Saya sukakan Nabila kerana dia baik, sentiasa merendah diri serta ikhlas dalam persahabatan. Pun begitu, saya masih muda, baru 26 tahun. Saya hanya akan bercinta apabila kewangan sudah stabil dan apabila bertemu wanita yang tepat saya akan terus lamar. Saya akan mengaku bercinta apabila sudah merisik. Itu lebih manis dan eksklusif. Takkan hanya kerana berkawan dengan teman artis bererti saya ada hati dengan mereka. Seperti yang saya katakan tadi kami tidak pernah bercakap soal hati tetapi saya pernah sebut andai ditakdirkan dia jodoh saya satu hari nanti, saya tidak tolak. Soal cinta dan jodoh tidak boleh dijangka",katanya.
Bintang Juvana ini tidak menafikan apabila masing-masing sibuk dengan komitmen penggambaran, terbit rasa rindu di hati namun rasa itu terbatas sebagai rindu kepada seorang sahabat.
Mengenai panggilan sayang Nabila kepadanya, Johan yang kini sibuk dengan penggambaran siri Bunga-Bunga Cinta untuk slot Zehra di TV3 menjelaskan, tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana kata ganti nama itu sering digunakan Nabila apabila gembira atau berada dalam situasi menyenangkan.
Nabila Kawan rapat Johan sekarang ini |
erm doakan yang baik-baik saja untuk mereka yea..
BalasPadamkalau dah jodoh, teruskan lah...
BalasPadam