Sabtu, 11 Februari 2012

Video Mabuk- Komen Aliff Aziz

Penyanyi terkenal Aliff Aziz kesal dengan ugutan Pelakon Seksi Zarina Lavocah yang menuduh beliau menipu melalui laman sosial Twitter. Namun Aliff tidak akan membuat sebarang kenyataan balas buat masa ini atas arahan syarikat rakaman beliau Sony Music.


Penyanyi kelahiran Singapura itu juga mengakui reputasi beliau dalam bidang nyanyian tergugat gara-gara tuduhan Zarina. Beliau kini sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk memilih masa yang sesuai untuk memberi penjelasan sebenar mengenai isu tersebut.


Aliff turut menggesa semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan yang memutar belit agar ianya tidak bertambah kritikal sementara beliau sedang menyiapkan Album barunya.

Pada hari Khamis yang lalu, Zarina telah menuduh Aliff menipu dan meminta beliau membuat permohonan maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya. Pelakon itu juga ada menyebut video yang menunjukkan Aksi Aliff sedang dalam keadaan mabuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan