Ramai juga yang tertanya-tanya wajah tunang Irma Hasmie. Irma Hasmie dan Rezza Shah Ameer bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai 2012 ini. Apa yang sweetnya tentang Irma dan tunangannya ini adalah, mereka sama sama bertemu di Tanah Suci Mekah. Rezza,31, berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan dan bapanya seorang peguam. Reza bekerja dalam bidang pengurusan acara, pengiklanan, percetakan dan reka cipta.Di sini hendak kongsikan gambar tunang Irma Hasmie.
“Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.
Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.
“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.
Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.
“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya.
Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua, Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam. |
assalamualaikum CT...wah tahniah buat Irma n pasangannya.:)
BalasPadamTahniah Kak Irma.
BalasPadamWah...kedua2 muka seiras...ada jodoh yang panjang nih.. Tahniah...
BalasPadamyep. betul, sgt sama! semoga jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat ;)
BalasPadamalhamdulillah..dah pakai tudung.. allah berikan jodoh yang terbaik..tahniah..jaga peribadi wanita muslim..
BalasPadamcantik irma =)
BalasPadamsweet sangat mcm madu lebah
BalasPadam