Rabu, 7 Mac 2012

Murid Tahun 2 Terima 20 Jahitan Lidah Hampir Putus Dilibas Papan Jongkang-Jongket

Seorang murid Tahun Dua mengharungi detik mencemaskan apabila terpaksa berlari sejauh kira-kira 50 meter dalam keadaan berlumuran darah dengan lidah hampir putus, selepas dagunya terlibas papan jongkang-jongket ketika bermain dekat taman permainan Desa Rahmat di sini.

Nasib malang itu menimpa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tiram, Awang Ahmad Hadari Awang Sebawi, ketika bermain bersama rakan sewaktu mengunjungi rumah neneknya di desa berkenaan pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Awang Ahmad Hadari terlibas selepas seorang rakannya terpijak papan jongkang-jongket yang mengena pada dagu mangsa, menyebabkan lidah hampir putus akibat tergigit.

Dalam keadaan berlumuran darah sejurus kejadian, mangsa berlari pulang mendapatkan bantuan ibunya sebelum dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum menerima kira-kira 20 jahitan pada bahagian lidah dan bibir bawah bagi mencantum semula lidahnya yang hampir putus itu.

Ibu mangsa, Noor Fadzilah Daud, 40, berkata ketika kejadian beliau tidak menyedari anak keduanya daripada empat beradik itu pergi ke taman permainan terbabit bersama adik dan beberapa rakan lain.

“Saya hanya menyedari apabila dia berlari pulang dalam keadaan mulutnya berlumuran darah sambil menangis. Terkejut dengan kejadian itu saya menghubungi suami untuk mengejarnya ke HSI dan doktor memberitahu lidah anak saya perlu dijahit. 

“Melihat kecederaan yang dialaminya cukup menakutkan saya kerana keadaan lidahnya yang ketika itu terkulai dan hampir putus," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Bestari Indah, di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, anaknya kini sukar untuk mengunyah makanan keras dan sukar bercakap berikutan keadaan lidahnya yang masih sakit selepas menjalani proses jahitan yang banyak.

2 ulasan:

  1. sakitnye.... serious sakit tu... kesian... t bile baik tu, ade masalah tak lidah tu nanti...? pertuturan macam biase ke? kesan jangka panjang jugak tu.. silap2 kecacatan kekal... harap adik tu cepat sembuh la...

    jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni... tak follow tak pe, coz update masing-masing dapat dilihat dari ping di GPK. dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lag jejak atau komen di mana-mana

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/tebiat.html


    zul a.k.a sam banjamin
    (pengasas gerila penulisan kreatif

    BalasPadam
  2. Kadang nak control jangan main sana-sini susah pula nanti ,kalau dah bagi main jadi macam ni pula kan ..

    BalasPadam