Rabu, 7 Mac 2012

Sinopsis Episod Akhir Drama Vanila Coklat

Sebelum itu nak cerita sikit mengenai Drama Vanila Coklat ini. Ia mengisahkan tentang pelajar perempuan dan lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin. Atas permintaan keluarga, mereka akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai. 
Episod akhir Vanila coklat

Itu permulaan cerita. Klimak ceritanya mesti peminat drama Vanila Coklat dah tahu. Yang masih tak tahu adalah sinopsis episod akhir drama tersebut. Macam biasalah ending cerita drama melayu ada ending sedih, tapi kebanyakkannya mesti ending gembira. Lagipun dah boleh dijangkakan endingnyakan?

Tapi bagi mereka yang malas nak fikir, baca ajelah entry sinopsis episod akhir Vanila Coklat ni. Mengikut apa yang dibaca di edtv episod akhir Vanila Coklat pada minggu hadapan akan happy ending. Akhirnya, rumahtangga Izara dan Amir sempat diselamatkan apabila Kamal terpaksa memberitahu kejadian sebenar setelah diugut oleh bapak Izara. Semestinya anda semua akan tumpang gembira melihat kebahagian Amir dan Izara bersambung semula. Jangan lupa minggu depan temu janji pada hari Selasa, pukul 9.00 malam dan semestinya di TV3.
Babak menarik dalam drama vanila coklat
Izara & Amir dalam vanila Coklat
Untuk pengetahuan semua Drama yang menggantikan Vanila Coklat akan datang bertajuk 3 janji dan pelakon utamanya ialah Liyana Jasmay.

Liyana Jasmay dalam drama terbaru 3 Janji

Bagi mereka yang bakal rindu nak tengok drama Vanila Coklat, bolehlah tengok babak-babak menarik dan babak romantik Izara & Amir di sini.



2 ulasan: