Siti Nur Fatihah lari ikut kekasih |
Fatihah ditemui selepas polis menahan seorang pemuda berusia 20-an dikawasan Merchong pada pukul 4.30 petang. Jarak lokasi mangsa hilang diTaman Tas, Kuantan dengan tempat mangsa diselamatkan kira-kira 100 kilometer.
Sumber memberitahu selepas ditahan, lelaki yang dipercayai kekasih mangsa membawa polis kesebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki itu.
"Mangsa mengaku dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati", kata sumber itu ketika dihubungi disini malam tadi.
Siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke Pekan untuk bercuti.
Difahamkan, kehilangan mangsa telah dirancang oleh pasangan tersebut dan tindakan Fatihah keluar ke kedai merupakan satu helah mangsa.
Sehingga malam tadi, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.
Dalam pada itu, Nor Mala berkata, dia tidak percaya Fatihah dilarikan diri dari rumah kerana anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang taat kepada keluarga.
Sertai kempen bersama Lisa Surihani duta Garnier untuk SinarCahayaku
Update 22/3/2012
Siti Nur Fatihah Mahadi, yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.
Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun.
"Laporan yang dibuat kepada polis mendakwa gadis tersebut telah diculik adalah tidak benar. Gadis itu sendiri mengaku dia tidak diculik tetapi keluar rumah dengan rela hati kerana tekanan perasaan," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Fatihah yang dikatakan hilang pada Ahad lalu semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita.
1Malaysia digemparkan dengan kes culik. rupa2nya lari ikut jantan lain...
BalasPadammungkin jugak dia dah diugut supaya mengaku nak ikut laki tu.. kalau x,xkan la dia plan saje2 kua dgn adik2 dia. baik dia kua sorg2 je.
BalasPadamish3...bleh plak plan cmtu...kalu jd btol2, cmna? nyesal seumur hdup...
BalasPadamdalam radio orang ramai buat macam2 tohmahan pada polis berhubung budak ni, ada yang kata polis yg salah sebab tak buat rondaan kalau buat rondaan pun kat kawasan VIP aje, dah kalau lari ikut jantan nak salahkan gak polis ke..
BalasPadamKenapa tulis kakitangan kerajaan...yang bawak lari tu kan polis jugak
BalasPadam@Tanpa Nama
BalasPadamjantan tu polis...sebab tu lah takde tangkapan....bawak lari budak bawah umur bukan culik gak ke......