Sabtu, 14 April 2012

Bayi 2 Minggu Dipijak Bapa Hingga Mati

Kejadian ini berlaku di Ipoh. Tak dapat nak bayangkan bagaimana sakitnya bayi tu bila dipijak hingga mati. Apalah salah dia sehingga diperlakukan begitu.

Bayi yang dipijak hingga mati oleh bapanya
Hanya kerana berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman.
Bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.

“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.

Katanya, salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru.

Difahamkan, empat ahli keluarga bayi, iaitu suspek dan beberapa ahli keluarganya ditahan polis untuk disoal siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi berkata, siasatan kes bunuh itu dilakukan polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan.




4 ulasan:

  1. hai ape la nasib kena pijak camtu. kasihannya...

    BalasPadam
  2. apa la yang ada dalam isi perut si bapa nih kan? anak sendiri tuh...

    BalasPadam
  3. Bapa yang tiada perasaan kasih sayang-bapa seperti ini lah yang perlu kita hindari.

    BalasPadam
  4. Institusi keluarga yang pincang!

    BalasPadam