Jumaat, 13 April 2012

Pencarian Bintang -SimplySiti Star Search (Ms. Pure, Ms Precious dan Ms. Memoire)

Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum yang bertemakan ‘Masquerade Ball’ telah berlangsung di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Rata-rata tetamu yang hadir bertopeng, majlis mempersembahkan tarian-tarian istimewa mengikut tema Masquerade.

Turut menjadikan pelancaran ini lebih menarik, sempena lahirnya produk terbaru ini, SimplySiti bakal menjalankan satu kempen Pencarian Bintang yang dinamakan SimplySiti Star Search. SimplySiti telahpun bergabung tenaga dengan Mejar David Teo, Metrowealth Pictures selaku Syarikat Produksi Rasmi serta Majalah LISA sebagai Majalah Rasmi kempen ini untuk mencari tiga gadis yang berbakat untuk menjadi bintang terbaru di Malaysia.
  Pencarian Bintang SimplySiti Star Search sempena pelancaran  SimplySiti Eau De Parfum

“Siti cukup bertuah dan gembira kerana bukan sahaja Siti dapat melancarkan wangian terbaru dari SimplySiti, Siti turut dapat berganding bersama tiga lelaki berkarisma iaitu Apek, Adam dan juga Khalis serta Leuniey Natasha di dalam komersial terbaru ini.

Malah kini, Siti dan SimplySiti dapat bersama dengan ikon, Mejar David Teo dan Majalah LISA untuk sama-sama mencari bakat baru di luar sana yang bakal menjadi Ms. Pure, Ms Precious dan Ms. Memoire berlakon dalam filem terbaru Mejar David Teo. 

Kami bukan sahaja mencari bakat tetapi mencari bintang!” Siti, Mejar David Teo, Izza Safinaz Ibrahim editor pengurusan Majalah LISA serta pengarah-pengarah berkaliber sendiri akan turun ke padang untuk menguji bakat kesemua mereka yang hadir di Roadshow nanti. Antara mereka semua, 9 akan dipilih ke Grand Finale di mana 3 akan menjadi pemenang dan bintang baru yang akan menyinar di bawah bimbingan Mejar David Teo. Pemilihan Metrowealth (MIG) di bawah pimpinan Mejar David Teo, amat bertepatan dengan misi SimplySiti Star Search. Slogan Mejar David Teo, “Bintang diCipta bukan diLahirkan” amat bersesuaian sekali dengan tujuan kempen ini. Kami yakin dengan bakat-bakat di luar sana. 

Nak tahu macam mana nak serta, layari sahaja Facebook SimplySiti dan hadiri Roadshow Ujibakat nanti” kata Dato’ Siti Nurhaliza ketika pelancaran SimplySiti Eau De Parfum hari ini.

Terdapat dua cara untuk menyertai SimplySiti Star Search ini, melalui Facebook di mana anda perlu memuat naik gambar anda dan mendapatkan undian untuk ke ujibakat tertutup, ataupun hadirkan diri ke Roadshow Ujibakat SimplySiti Star Search yang akan bermula di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 24-29 April 2012, KB Mall, Kelantan 1-5 Mei 2012 dan Kompleks Pasir Gudang, Johor pada 22- 27 Mei 2012. Mereka yang berminat hanya perlu membeli salah satu wangian SimplySiti untuk melayakkan mereka menyertai.

Hadiah-hadiah menarik bakal diterima, selain menjadi pelakon terbaru filem David Teo, Majalah LISA turut akan mempamerkan ketiga-tiga wajah ini dalam cerita utama majalah mereka, pemenang juga akan bernaung di bawah Metrowealth Pictures, turut mendapat wang tunai dan hamper dari SimplySiti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti, Fanpage David Teo dan MIG Online

Produk SimplySiti, boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s, Guardian, cawangan Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.sumber budiey.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan