Isnin, 23 April 2012

(Gambar) Sami Yusuf & Siti Nurhaliza Dalam Studio Rakaman-Lagu Duet 'You Come To Me'

Penyanyi berusia 31 tahun, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia bersempena pelancaran album keempat iaitu Salaam.

 Konsert Salaam Sami Yusuf bakal diadakan pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Mengenai album terbarunya yang akan dilancarkan pada Julai depan, Sami berkata album yang memuatkan 18 trek itu turut menampilkan lagu duet bersama penyanyi tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

"Dia (Siti) seorang penyanyi yang hebat dan dinamik. Saya akan merakamkan lagu You Came To Me ciptaan saya dengannya tidak lama lagi. Lagu itu dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.

"Lagu-lagu lain dalam album ini juga mempunyai pengertian dan cerita yang melangkaui kehidupan manusia di atas bumi ini. Ia cukup besar ertinya," katanya.
Populariti penyanyi kelahiran Tehran ini melonjak di peringkat global selepas dia muncul dengan album sulung Al Mu'allim pada 2003.


Sami yang mempunyai jumlah peminat mencecah 2 bilion orang mendapat jolokan 'Bintang Muslim Terbesar' oleh majalah Time dan 'Muslim British Paling Popular Di Dunia' oleh The Guardian.

Konsert tersebut dianjurkan Offshore Entertainment Production.

Tiket-tiket konsert hanya akan mula dijual pada 2 Mei depan. Harga-harga tiket akan diumumkan dalam waktu terdekat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan