Menurut kenyataan bertulis, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.sumber
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Kalau betul fitnah berdosanya kita
BalasPadam