Khamis, 5 April 2012

Isu Artis Jahil Agama-Azza Minta Maaf,Beri Amaran Kepada Penulis

Semalam, tersebar satu kisah berkaitan seorang selebriti yang di’dakwa tidak menutup aurat ketika majlis pernikahan sekitar hujung minggu lalu. Baca artikel itu dibawah
Apa yang terjadi di sebuah majlis pernikahan seorang artis baru-baru ini menyentuh sensitiviti segelintir orang yang perasan dengan kejahilan artis ini. Sebenarnya, niat artis itu untuk mendirikan rumah tangga memang dialu-alukan dan menjadi berita gembira bagi seluruh peminat. Tetapi, sayang 1000 kali sayang apabila artis ini tidak menutup aurat ketika melangsungkan majlis pernikahannya di sebuah masjid yang bertempat di sebuah bukit.

Lagipun, majlis pernikahan tempoh hari merupakan pengalaman kali kedua buat artis ini. Dah tua sangat sampai boleh terlupa ke? Yang peliknya, tiada ke ahli jawatawankuasa masjid yang menegur pemakaian artis ini, atau malu nak tegur sampai biarkan je perkara sebegini terjadi?
Azza dituduh Jahil Agama
Rasanya ramai yang tahu kan ditujukan kepada siapa. Walaupun tidak menyebut nama & identiti selebriti tersebut, Azza Elite percaya tulisan dalam artikel tersebut jelas merujuk kepada diri beliau & berasa tidak senang.

Pelakon juga penyanyi ini sedar akan kesilapan beliau pada hari pernikahan itu dan telah pun meminta maaf kepada peminat, ahli keluarga & mereka yang hadir kerana terlepas pandang akan perkara penting tersebut.

Azza Elite turut memberikan amaran kepada penulis artikel tersebut melalui Twitter hari ini supaya penulis artikel tersebut menurunkan semua artikel berkaitan diri beliau — termasuk kisah ‘tuduhan jahil agama’.

Azza Elite yang kelihatan kesal dengan apa yang berlaku berkata tempoh itu terbuka sehingga jam 5.00 petang ini sahaja sebelum tindakan susulan di’ambil untuk membersihkan nama beliau.


3 ulasan:

  1. ramai sungguh mereka yang tak boleh ditegur ni kan, rasanya lbh elok terima sahaja dan minta maaf tak perlulah kononnya nak suruh dibersihkan nama, dah teang lagikan bersuluh

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,Azza sedar baguslah..begitu.

    BalasPadam
  3. tegur biar berpada tp jgn tuduh JAHIL AGAMA..itu melampau.

    BalasPadam