Isnin, 16 April 2012

Panas! Pengacara Wanita Rancangan Gosip Cuba Bunuh Diri Minum Clorox

Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja dibaca, mengenai bekas pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu ini dikatakan telah ditahan wad akibat meminum bahan pencuci (Clorox) petang tadi. 

Menurut satu sumber yang dipercayai, figura yang berusia 27 tahun ini telah meminum bahan pencuci berkenaan akibat tekanan dari masalah yang berlaku terhadapnya dan dihantar ke wad kecemasan. 


Dia yang ditahan pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan akal pendek yang dilakukan dan tidak mahu identitinya terbongkar. 


Sebelum kejadian, dia ada meminta maaf kepada peminat dan juga pengikutnya di dalam laman twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.


Twitter Pengacara Wanita Rancangan Gosip
“Mohon kembalikan kepercayaan tersebut. Mohon sangat-sangat, kerana aku tidak mampu berbuat begitu.”

Keadaan pengacara dan juga pelakon tersebut sedikit lemah akibat muntah yang banyak ketika dirawat walau bagaimanapun, dia dilaporkan stabil.





10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. eeemmm...Dira la tu...hai awat la pikiaq pendek sgt ni...

    BalasPadam
  3. nape bunuh diri kawen dgn aku la..

    BalasPadam
  4. nape ni dira ko da puas idop ke??cian kt anggun nnt

    BalasPadam
  5. cetek akal.. ingat mati boleh selesaikan masalah ker? semoga kita terhindar dari segala musibah seperti ini..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum CT...alamak pengacara Dira ke ni...kesian nyer die nape boleh jadi mcm tu skali ingat Allah mati x akan dpt menyelesaikan masalah pun seksaan di akhirat tu yg sakitnya...

    BalasPadam
  7. ADA MASALAH JEK MESTI NAK MATI ....TAPI YG DITINGGALKAN AKAN MERANA

    PIKIR LAH.............

    BalasPadam
  8. ish pela u all ni main serkap jarang jek... kita pn xtau brita yg sbnr lg, jgn main tduh2 fitnah nama nya 2,

    tp klu btol pn mmg dira yg wt cm2 sapa la kita sbgai hmba Allah yg lemah ni nk mghkum dia, kita smua sama je pd pndgn Allah cuma yg beza hnya Iman & Taqwa pd-NYA, sama2 la kita doakn yg trbaik untuk dia

    BalasPadam