Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Sekitar Persiapan Majlis Pernikahan Awal & Scha Di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Kurang dari 4 jam lagi untuk dinikahkan, pelakon kacak, Awal Ashaari mengakui gementar dan gugup untuk menantikan saat ijab dan kabul antara dia dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya Atau Scha Al Yahya pada malam ini.

Dekorasi majlis pernikahan Awal & Scha
Perasaan gementarnya semakin kuat apabila memikirkan dirinya bakal bertukar status menjadi suami orang setelah mengharungi hubungan cinta bersama dengan Scha hampir lebih tiga tahun dan akan berakhir ke jinjang pelamin.

Malah, Awal juga tidak menafikan gementarnya semakin kuat apabila dia akan dinikahkan sendiri oleh bapa Scha, seorang insan yang amat dia hormati.

Kedua pasangan ini akan bernikah di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside malam ini dan majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria.


Pelamin pernikahan Awal & Scha

8 Gambar Scha Mencuba Gaun Pengantinnya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan