Fasa baharu dalam kehidupan sudah menjelma buat pemilik nama aktor dan pengacara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari.
Sah bergelar suami kepada aktres dan pengacara Scha Al-Yahya, 29, menerusi upacara akad nikah yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada hari ini, Jumaat 4 Mei, kata Awal, walaupun dirinya dilanda perasaan gemuruh untuk diijabkabulkan, namun dalam masa yang sama dia berasa teruja memperisterikan Scha.
Gaun Pengantin Scha untuk majlis perkahwinannya |
"Sememangnya saya dilanda gemuruh sebelum diijabkabulkan dan perasaan itu bercampur-baur, bergaul antara jiwa yang teruja dan hati yang berdebar-debar," ucap Awal.
Malah, Scha penuh terbuka membicarakan tentang perancangan memperoleh zuriat bersama Awal. Kata Scha: "Saya dan Awal tidak merancang keluarga tetapi kalau dapat tiga orang anak, itu sudah memadai buat kami."
Apa yang pasti, dalam melayari bahtera perkahwinan, Awal dan Scha merancang untuk meraikan penyatuan cinta mereka itu dengan berbulan madu di New York selama 10 hari.
Pemilihan New York sebagai lokasi bulan madu juga adalah kerana Awal dan Scha akan mulai sibuk dengan kerjaya masing-masing usai majlis perkahwinan ini yang bakal disempurnakan dengan majlis resepsi pada Ahad, 6 Mei ini pukul 8 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
"Saya akan memulakan tugasan sebagai hos bual bicara saya sendiri iaitu Awal Lagi menjelang 18 Mei ini, manakala Scha pula bakal memulakan penggambaran filem terbaharunya, Dampak pada pertengahan bulan Jun," bicara Awal.
Sudah lumrah sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, ternyata Awal dan Scha sangat bertuah kerana majlis perkahwinan mereka turut mendapat tajaan pelbagai pihak.
Bagi Awal, segala tajaan yang diterima merupakan sesuatu yang di luar jangkaan sama sekali dan mereka sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah sudi untuk memberi tajaan tertentu untuk majlis perkahwinan mereka.
Menurut Awal, syarikat Ginvera Marketing pula telah menjadi penaja utama dengan membeli hak siaran majlis pernikahan mereka. Upacara itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Awani memandangkan Awal dan Scha merupakan duta produk Nugeno Men Cool dan Bio-essence di bawah kendalian syarikat tersebut.
Selain itu, antara pihak lain yang turut menjadi penaja perkahwinan mereka berdua seperti Jakel, Bateel, kadkahwinku.com, Candidsyndrome Team, CST Production dan Hotel Pullman, Putrajaya.
"Sebenarnya kami tidak menyangka banyak pihak yang telah tampil untuk memberikan tajaan. Namun, kami sangat bersyukur dengan segala tajaan yang diterima dan segala persiapan berjalan dengan lancar.
Bagaimanapun, majlis perkahwinan kami ini tidaklah ditaja kesemuanya. Kami masih lagi mengeluarkan wang sendiri untuk tempahan dewan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hidangan tetamu dan perancang perkahwinan," jelasnya.Gambar dari yahoo.com
10 Gambar Pra Perkahwinan Awal & Scha
10 Gambar Pra Perkahwinan Awal & Scha
assalamualaikum CT...tahniah buat bakal pengantin baru moga jodoh kekal hingga hujung nyawa...:)
BalasPadam