Isnin, 14 Mei 2012

Tuntutan Saiful Apek Dan 50 Artis Terhadap David Teo Dibatalkan

Tuntutan sebanyak RM200,000 yang dibuat oleh Saiful Apek terhadap David Teo dilaporkan telah dibatalkan oleh Mahkamah.
Sebelum ini, penerbit Metrowealth Pictures, Mejar (K) David Teo telah memohon maaf secara terbuka di laman sosial miliknya atas kenyataan kurang sopan beliau dalam program Melodi bertarikh 22 April 2012 dengan menyebut perkataan, “Jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”.
David Teo VS Apek


Kenyataannya itu telah membuatkan ramai pihak terguris hati termasuklah rakan baik arwah Bob Kuman, Saiful Apek. Walaupun sudah memohon maaf sebelum ini, namun David Teo sekali lagi mengambil inisiatif dengan tampil meminta maaf dalam program Melodi semalam, di mana tempat beliau memulakan kontroversi tersebut.

“Saya David Teo meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki di atas kesalahan saya menyingung isteri, keluarga, rakan-rakan dan peminat Allahyarham Husni Bin Mohd Rawi. Saya tahu dari kecil saya sering dengar orang cakap sedekah senyuman dan sedekah al-Fatihah, jadi saya fikir sedekah itu adalah perkataan yang suci, tapi tafsiran saya adalah salah.

“Saya tidak berniat menyinggung mana-mana pihak kerana kenyataan itu dibuat sebelum arwah meninggal dunia. Hubungan saya dengan isteri arwah tiada masalah di mana saya sering menghantar pegawai dan pengarah saya untuk bertanyakan khabar. Saya terkejut perkara ini akan menjadi satu perkara peribadi kepada individu tersebut dan seterusnya menghentam saya dengan macam-macam bahasa yang tidak elok, serta melibatkan bangsa dan agama. Malah, bagi saya, perkara ini sangat mempengaruhi nama baik saya selama ini,” ujar David Teo dalam temubualnya dengan wartawan Melodi, baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakan Saiful yang menuntut RM200,000 kepada beliau bagi melunaskan pulangan pelaburan filem ‘Lady Boss’ dan ‘Anak Mami Kembali’, penerbit filem terkemuka itu menjawab, “Saya dapat tahu isu ini apabila membaca isu tersebut di akhbar tempatan.

“Namun, Mahkamah Seksyen Shah Alam menyatakan, maka adalah pada tarikh ini bahawa penyataan tuntutan plaintif, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dengan MIG telah dibatalkan dan diselasaikan, di mana maksudnya perkara ini dah tutup kes. Jika masih tak berpuas hati, beliau boleh berbincang dengan cara baik, aman damai serta tidak menjatuhkan maruah masing-masing,” ujar David sambil menunjukkan surat dari pihak mahkamah.

Difahamkan, Saiful sepatutnya mengadakan satu sidang akhbar khas bersama lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo, pada Ahad semalam. Sidang akhbar tersebut adalah bertujuan bagi menerangkan keadaan sebenar serta menunjukkan bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani sebelum ini. Walau bagaimanapun, sidang akhbar tersebut khabarnya dibatalkan atas sebab-sebab tidak diketahui.

Saiful Apek & 50 Artis Bakal Membongkar Penipuan David Teo



Tiada ulasan:

Catat Ulasan