Jumaat, 11 Mei 2012

Saiful Apek & 50 Artis Bakal Membongkar Penipuan David Teo Ahad Ini

Ini bukan janji, tapi betul-betul pasti ni. Isu David Teo dan Apek betul-betul dah panas. Bukan Apek saja yang membongkarkan penipuan David Teo, tapi ada lebih 50 orang artis bakal turut serta.

Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.


Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.
David Teo dituduh menipu
Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Laady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.

Sebelum ini pembayaran untuk Bob Kuman juga menjadi isu. Namun begitu baru-baru ini  Permohonan Maaf Terbuka David Teo-Isu Beri Sedekah Kepada Bob Kuman telah dikeluarkan.


4 ulasan:

pwincess Lov3y dOv3y berkata...

aiyaakk..banyak betul problem la..

maszull berkata...

assalamualaikum CT....mcm2 kes timbul kalau ada x bayar lg bayar je kan senang cite...:)

Cik Purple berkata...

laa.. Mcm2 la kes skg ni kn..

KaiZeN berkata...

macam2 lah apek cina ni...byk tpu duit org lorr..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/