Rabu, 18 April 2012

Bob Kuman Bohong,Saya Sudah Bayar-David Teo

Ramai yang sudah tahu pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Bob tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak' di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu.

Dia juga terkilan pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu. Lebih mengharukan, Bob menyatakan bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya.

Itu cerita dari Bob Kuman bagaimana pula cerita disebelah pihak penerbitan drama tersebut iaitu David Teo?

“Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.

“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.






7 ulasan:

Mohammad Abu Bakar Kamal berkata...

Aduyai.. ape kes ni.. sorang ckp lain.. sorang lg ckp lain.. tak tahu mana betul..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...yer la yg mana satu yg betul ni kita pun x tahu...:)

Irfa berkata...

kalau betul apa kata DT..macam mana?tp Bob sakit sekarang..kesian dia

Rosniena berkata...

senang je kalau ada David Teo berikan sumbangan beri bukti i.e resit/rekod kewangan
atau mungkin Bob tak perasan orang bagi sumbangan sebab tengah sakit..hehe

Tanpa Nama berkata...

taK TAU LAH BOB TU NGADA NGADA KOT ATAU NK SIMPATI BAK TIADA DUIT --MANE DUIT DIA PELAKON SELAMA PEGI MNE??INI LAH MASA JIKA KITA PERLU KAN DUITT...INGAT SIMPANAN....MASA SAKIT JGN LAH DUK KATA TIADA DUIT....

TEKNIK MEMBAIKI LAPTOP berkata...

ermmm xapalah.. kalau aku jadi DT, bagi jelah.. tolong.. tapi kalau dah cha ye nun alif .. ermm mcm tulah gamaknya..

Terbelog berkata...

david kaya
xkn dia x baya duit bob
mustahil la

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/