Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.
Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.
David Teo dituduh menipu |
Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.
Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Laady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.
Sebelum ini pembayaran untuk Bob Kuman juga menjadi isu. Namun begitu baru-baru ini Permohonan Maaf Terbuka David Teo-Isu Beri Sedekah Kepada Bob Kuman telah dikeluarkan.
4 ulasan:
aiyaakk..banyak betul problem la..
assalamualaikum CT....mcm2 kes timbul kalau ada x bayar lg bayar je kan senang cite...:)
laa.. Mcm2 la kes skg ni kn..
macam2 lah apek cina ni...byk tpu duit org lorr..
Catat Ulasan