Sabtu, 30 Jun 2012

Tom Cruise Dan Katie Holmes Cerai

Satu lagi rumah tangga pasangan Hollywood kandas di tengah jalan. Pelakon Katie Holmes memfailkan penceraian terhadap Tom Cruise, suami yang telah dinikahinya selama lima tahun.
Ironisnya, kabar perceraian ini muncul empat hari sebelum Tom merayakan ulang tahunnya yang ke-50 pada 3 Julai. Sejak akhir-akhir ini mereka dikatakan jarang terlihat berduaan.

Pasangan ini menikah di Itali pada November 2006, tujuh bulan setelah anak pertama mereka, Suri, lahir. Perceraian ini adalah yang pertama buat Katie dan ketiga buat Tom yang pernah menikah dengan aktris Mimi Rogers dan Nicole Kidman.

Update
Bintang Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes, yang mendirikan rumah tangga lima tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, mengambil keputusan untuk bercerai.

Peguam Holmes, Jonathan Wolfe semalam mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan itu akan berpisah.

Anak mereka yang diberi nama Suri kini berusia enam tahun.

Cruise, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Nicole Kidman pada 1990.

"Kate telah memfailkan permohonan mahu bercerai dan Tom amat sedih dan memberi tumpuan ke atas tiga anaknya," kata jurucakap Cruise, Amanda Lundberg dalam satu kenyataan kepada Newsday.

Holmes, 33, memfailkan permohonan cerai di Manhattan kelmarin, lapor TMZ.com.

Dalam permohonan itu, Holmes memohon agar diberi kebenaran untuk menjaga Suri.

Cruise dan Holmes mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka yang mewah telah diadakan di istana kurun ke-15 di Bracciano, Itali.

Cruise yang genap 50 tahun Selasa ini berkahwin dengan pelakon Mimi Rogers pada 1987 dan ketika berlakon dalam filem Days of Thunder pada 1990, dia rapat dengan Kidman.

Cruise dan Kidman bercerai pada 2001.

Perkahwinan dengan Cruise adalah yang pertama bagi Holmes.

1 ulasan: