Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapanya dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.
Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa.
|
Irma Hasmie & Reza acara batal air sembahyang/sarung cincin |
|
Irma Hasmie menyarungkan cincin kepada suaminya Reza |
Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.
Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer
Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer
sama cantik sama padan.tahniah irma.hope berkekalan hingga ke ank cucu..:)
BalasPadampaling suka gambar dengan bridesmaid tu..semua sopan2..sejuk mata memandang =)
BalasPadamtahniah untuk ex girlfriend aku ;-)
BalasPadam